Friday, May 4, 2012

(55) Blessing in disguise..



‘Blessing in disguise’


Dengan takdir yang Allah tetapkan TGUH perlu menjalani pembedahan disini, maka seluruh KTG termasuk Wacheda berkeadaan cuti dari tugas rutin harian. Maka , Wacheda diberi kesempatan oleh Allah mengutus berita buat tuan-tuan.Memang nawaitu asal blog ini sebagai penyambung utusan membawa perkhabaran.Lagipun..memang hasrat TGUH..tidak mahu membiarkan tuan-puan termangu-mangu. Jadi Wacheda akur....


Sekembali ke tanahair , bererti Wacheda akan kembali komited dengan tugas dan tanggungjawab.Hiraki prioriti perlu Wacheda imbangi.

Lagipun..Wacheda belum bersedia mendepani Mehnah alam siber. ‘. Internet adalah alam yang manusia bebas melakukan apa sahaja, dan ia diburukkan lagi oleh keupayaan manusia menyembunyikan identiti.’  Alam tanpa batasan....

‘Manusia akan mampu menjadi seangkuh-angkuh peribadi, hanya kerana kejahatan lisan dan tangannya, dapat disembunyikan di sebalik nickname dan ID ciptaannya sendiri. Cakaplah apa sahaja, celalah siapa sahaja, kita tetap selamat kerana yang kelihatan hanyalah ID yang tidak beridentiti.’  Subhaanallahh......Fitrah wanita, sarat emosi.Memang mudah untuk menelah..”Alaaa...telan ajela..”(sprt ada komen sblm ini) memberi ruang pada sesiapa meluahkan idea ..mungkin dari akal  atau mungkin terbitan mazmumah sehingga lupa kualiti isi dan etika bahasa.


Bukan membenci IT..Cuma mengurangkan ruang untuk disakiti...

Wacheda masih perlukan tarbiah dan perlu  muhasabah dalam mujahadah.

Perlu diakui.. iman yang bertakhta dihati...masih lemah dan goyah..

Masih mencari identiti..perlu  membina hati dan mendidik diri....perlu belajar dan  menelusuri......tabahnya Khadijah,tulusya Fatimah dan teguhnya Masyitah serta Sumayyah.Perlu hijrah.....

Maka tinta Wacheda akan berakhir..sebaik TGUH pulang ke tanahair..

I am not good with words and I’ll concentrate on things that I THINK I‘m good at.. ‘.I THINK...’

Writing and blogging are definitely not one of them....

Cuma akhir-akhir ini...kebanyakan komentar bersifat positif dan penuh jati diri...terima kasih pada kalian...kerana..... Faham tujuan Wacheda menulis...serta pengorbanan yang perlu Wacheda rintis.



Temujanji datang lagiii..

Dalam perjalanan ke hospital ...Sharon Park Drive



Kali ini berjalan semakin lajuuu..



Kerusi roda cuma tontonan...tak naik punnn


Leka bersembang di ruang menunggu klinik sementara menunggu giliran .Jaket DS lagiiii........



Owwhh...ada orang ambil gambar rupanyaaa....’smilee...’



Buat pengetahuan semua...berat badan TGUH sebelum pembedahan ialah 74 kg.

Hari ini seteleh lebih sebulan  pasca pembedahan berat TGUH menurun hingga 67.5kg...
6.5kg dalam sebulan....Ada bran ?????

Temujanji masih berjadual sehingga 8hb(siaran ulangan...buat yang tak baca entri –entri sebelum ini dan masih menanya) dan certification ‘fit to fly’ oleh kardiologis akan dibuat pada tarikh keramat itu.

Ya..dan ya...dan masih ya..kami belum tahu bila masanya..untuk terbang kembali.....



Didalam bilik rawatan...sementara menunggu doktor tiba...



Tengok muka Mimie yang dah berkira-kira nak mengetuk pintu ,bagi Bandi berterabur bangun mencicit lari takot Dr datangg....



Sekembali dari hospital- sambung riadah lagiiikk



Pusing-pusing sekitar kediaman pun boleh dapat 2-3km (sepusing kawasan Sharon green apartment  1.5km)  3 kali pusing kaloo..



Bandi yang semakin ‘fit’ dan kurusssssss ...Adusssss



Learn your limit and listen to your body alarm..



‘You never know how strong you are until being strong is the only choice you have



Ok..target heart rate is acheived...time to take 5..


 Malam..

Bandi memasang anti-embolism stocking..
                   Penting ,dalam usaha mengurangkan sembab di kaki..



Berpeluh-peluh ketiak pak imamm...ketat  lagi panjang lagi sukar lagi susah..Adeeeehh.. boleh naik muscle kalo selalu-selalu bikinn..



Pheewwwwhh...dah siap punn...



Apa ni Hamdi ????...... Terbalik nih !!!!!


Hik...hik......senaman yang bagussss.......



Ini baru betullll.....



Sekarang boleh sambung jalannn..



Wacheda
SG 157
Menlo Park
2.57 a.m
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space