Friday, April 27, 2012

(52) Awe berangkat pulang..




Adinda Salwa terpaksa pulang ke tanahair Selasa lepas.Kekangan waktu dan tugas.Dengan hati yang berat, terpaksa juga berlepas.

Minta ma’af Ba, Awe terpaksa balik...



Bandi dan Mimie yang menghantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco




Selamat tinggal Bandi.



Program Awe di IKIM..


Kepada adindaku berempat(juga peringatan buat Kokde yang tua)...
Jangan lupa pesan dan amanat Baba di meja makan tengahari tempohari.
4 perkara untuk dipahat dalam hati dan dilaksana... Tugas atas batu jemala semua..





Setiap hari Sophea akan kedengaran dihujung talian bertanya khabar...SETIAP HARI...tidak ada hari yang Sophea tidak pernah biarkan berlalu tanpa kami disapa melalui corong telefon.... bertanya ubatan, keadaan fisioterapi serta segala.Sophea bertindak seperti ‘ guest service representative’ or ‘the liason person’.

Banyak yang kami bincangkan.Semenjak ubat lasix( ditambah dosnya) TGUH lebih kerap ke bilik air. Sesak nafas semakin kurang (Terima Kasih Adinda Mahat-mata anda tajam seperti doktor kerana dapat mengesan kaki TGUH yang ketara sembabnya).Sembab dikaki (atau bahasa kampungnya- Bilateral pedal oedema) disebabkan kandungan air dalam badan melebihi sepatutnya.Fungsi ginjal untuk menapis dan menyahkan air yang berlebihan terbatas kerana fungsi jantung untuk mengepam belum mendekati tahap optimum kuasanya.

Sesusuk tubuh badannya yang kian susut membuat hati bertambah rawan.

Semalam kami berbincang lagi..


Kali ini, kami sedang berusaha mengembalikan selera TGUH yang hilang entah ke mana semenjak hari pembedahan..

Haaa.. Ubat Amiadarone...!! amiadarone ialah ubat jantung . Bertugas sebagai penstabil rentak jantung dan melawan arrhytmia.Diantara kesan sampingannya ialah hilang selera makan,kesukaran tidur, sembelit dan lemah-lemah otot.TGUH ada kesemua itu.Amiadarone  dimulakan sebaik TGUH menjalani pembedahan... kini tinggal 4 hari lagi..

Biasanya bubur nasi 2-3 sudu sahaja yang dijamah. Hanya sup sarang burung sahaja mampu menjuarai kadar semangkuk untuk dihabiskan.Kalau nasik 1-2 sudu dah berhenti. Puas ditukar-tukar menu, dan dijelajah sekian kedai bertaraf Halal di perkampungan sini untuk bertukar selera.



Sarang belum yang belum ‘dikerjakan’ menjadi sup.



Mungkin disebabkan kami pelanggan tetap membeli sarang burungnya, tokey sarang burung menghadiahkan tea istimewa.Bekas tehnya agak menyeramkan tapi tehnya memang hitam dan pekat lagi melekat.



Taufufa kegemaran TGUH.Senang nak telan sebab sifatnya yang lembek kededek.Semalam baru telefon order, hari ini Aziz dah hantar. Terima Kasih Aziz.



Tapi..TGUH telah semakin lemah urat sarafnya, selera hampir hilang, tubuh semakin susut dan melemah,tidurnya masih belum lena hingga dapat memulihkan tenaga yang kian bersisa..

Kami bertekad... Kita berhenti kejap ubat itu, tengok esok macamana.

Alhamdulillaahh...hari ini hari pertama TGUH berkata “ Alhamdulillaaahhh...baru hari ini rasa perut berisi dan rapat ..Syukurrr..”


Pinggan licin hari ini... Alhamdulillaaahhh.


“Senyum seindah suria...yang membawa cahaya
   Senyumlah dari hati...duniamu berseri”- teringat lagu yang sering berkumandang suatu ketika dulu.


A smile cost nothing but has the power to enrich all who receive it.

A smile brings inspiration to the discouraged, cheer to the sad and warmth to the troubled.It  creates goodwill and sense of security.


Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar)
.
Marilah kita membudayakan senyum yang mempunyai maqam ibadah dalam Islam.

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”

Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)


“If someone is too tired to give you a smile,leave one of your own.Because no one need as much as those who has none to give...”



Wacheda
Menlo Park
2.30pm


 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space