“ Mintak Awe dan Dekna mai sini.....” TGUH bersuara ,pagi-pagi lagi....
Haaa...?
KUL-SFO = 13,584.79km....
Visa?
Tiket penerbangan ?
Kekosongan tempat duduk ?
Walau apapun persoalannya...
Jawabnya ialah...”sami’na wa ata’na..” (ayat paberet Ustaz ZulkiplinDahlan- AJK Pengambilan dan Latihan)
Walau susah dan payah macammana pun..Awe dan Dekna mesti datang.Walau tak masuk dek akal untuk bersedia sesingkat ini pun...Awe dan Dekna mesti datang.Walau merantau sejauh itu dengan dua beradik terkonteng-konteng... Awe dan Dekna mesti datang.
Kami adik beradik kenal benar dengan TGUH... Beliau jarang menyusahkan sesiapa jika difikirkan urusan tersebut tidak penting.Kami yakin, mesti ada sesuatu yang perlu diselesaikan dengan kehadiran kami lima beradik pada suatu masa dan suatu tempat.
TGUH sentiasa yakin –Apabila kita sentiasa berusaha berbuat apa yang kita mampu, nescaya Allah akan bantu apa yang kita tidak mampu.
Percaya atau tidak...Dekna dan Awe Inshaallah akan menaiki pesawat ke SFO, esok 2.00a.m.
Urusan kami ,sememangnya mendapat pertolongan dan Inayah Allah kerana Dia jugalah yang menghantar orang perseorangan yang telah memudahkan setiap yang nampaknya susah.
Maka...dengan ini...kami lima beradik- Wacheda(paling tua), Bandi (no 2), Awe(no3), Mimie(no 4), dan Dekna/Cik TT(puteri bongsu) akan berhimpun disini berserta Balin dan Mama.
Fuuuuhhhh..........Lega rasanya bila dimaklumkan urusan visa, tiket dan segala mak nenek persediaan untuk datang telah selesai.Lega juga kerana hasrat TGUH dapat dipenuhi. Lega juga kerana lebih ramai tenaga kerja kami untuk memastikan keselesaan TGUH terjamin.Welkam Awe and Dekna...
Hari ini, kami menerima kunjungan tetamu sahabat-sahabat kita. Berpagian dengan Tn Hj Amir Razelan dan isteri tercintanya Kak Nani.Makan tengahari kami-setell , bila Kak Nani membawa sambal udang dan ikan Tilapia Stim...Sebelah petang dan malam kami dimeriahkan oleh Syafinaz (AJK Makan) dan suaminya Aziz. Wheelchair yang kami pesan untuk sewaan juga diangkut oleh orang kuat Aziz.Kadar sewa untuk seminggu USD80.Kedua AJK ini juga membawakan sarang burung yang menjadi kegemaran TGUH.
![]() |
| Bersembang di ruang tamu.Tidak pernah kering ide dan topik.macam telah kenal lama....saaaangaaatt lamaaaa..... |
Tidak mahu ketinggalan juga Saudara Faisal Lokman.TGUH telah ketagih dengan ‘Oxtail soup-Sabah style’ resipi Wanie isteri Faisal.Setiap kali , Faisal berkunjung memang sup itulah yang dipesannya.Sup direneh lama hingga hancur oxtailnya serta mesra bersama kentang dan karot membangkitkan rasa dan aroma yang unik lagi memikat.Hati berbunga riang melihat TGUH menghabiskan semangkuk sup malam ini.
Malam ini wad sementara yang mengambil tempat di ruang tamu kini beralih tempat.
TGUH semakin selesa dan kuat, meminta wad dipindahkan ke kamar tidurnya.
![]() |
| 2 orang bibik import sedang mengangkut katil dari ruang tamu ke kamar tidur TGUH.Balin sedang melentur-lentur urat saraf belakang TGUH yang kekejangan. |
![]() |
| Meja dispensari dan ubat-ubatan |
11 botol kuning merupakan ubat yang baru dimulakan pasca pembedahan iaitu ubat baru.Cuba kira...one....rende...mune... haaa .............kan 11 bijik semuanya. Manakala ubat yang perlu diteruskan daripada IJN sebanyak 9 jenis.Ada yang sekali sehari dan ada yang dua kali sehari... Maaak Aiiiii...kenyang makan ubat...
Pernafasan semakin beransur baik, Cuma masih perlukan ‘nebulizer’ 4 kali sehari(setiap 6jam) apabila dadanya menyempit dan ada kedengaran suara mendehit.
![]() |
| Setiap kali lepas ‘nebulizer’ TGUH akan tertidur- mungkin rasa lebih segar dan lega. |
Semoga perjalanan serta kembara Adinda Salwa dan Adinda Hana didalam redhaNya dan dipermudahkan segala urusan serta dilindungiNya dari segala kejelekan dan kecelakaan...Ameeeennn....
Wacheda
Menlo Park
12.03 malam
















