Tuesday, April 17, 2012

(44) IICU4

[entri yang terlepas beberapa hari disebabkan Tuan Tanah ambil MC 3 hari :) jgn mara aaaa..]

8 hari di ICU (termasuk 4 hari dibawah ventilasi-bantuan sokongan pernafasan penuh.

6 hari di IICU.(Intermediate ICU)

TGUH tidak betah duduk.

 Bila boleh discharge nih??...(Di hadapan ruang menunggu IICU, kami tidak dibenarkan merayau jauh-jauh, penggera akan berbunyi sebaik TGUH melewati kawasan luar jangkauan pemantauan tanda vitalnya)

Doktor masih keberatan untuk membenarkan pulang, memandangkan paras gula dalam darah masih meyoyo-sekejap naik dan sekejap turun. TGUH pun masih dibei rawatan insulin.Luka dicabang peha juga masih memerah dan belum sembuh.Sessi fisioterapi yang melibatkan RT(Respiratory therapist, Cardiac Rehab , Speech Therapy, Occupational Therapy, Physical therapy, Dietician, diabetic Nurse) masih belum selesai

Mungkin ada cerita lain disebalik permintaan pemindahan bilik TGUH tempohari. Dibilik baru 321, TGUH juga didatangi oleh...(tuuutttt....opppsss, cerita ini kena censor dulu, maklumlah dah public, nanti balik Bangi kita cerita)

Cuba teka gambar apa ni? (kuiz ni tak ada hadiah aaaa....)

 PA line yang terpacak dileher TGUH

Ahhhhhh...leganya tambatan di leher dah dilepaskan.
 Setelah puas memujuk, kami dibenarkan pulang ke apartment bersama TGUH, dan perlu hadir semula ke hospital pada Isninnya.Sekurang-kurangnya sepanjang Sabtu dan Ahad TGUH boleh berada bersama-sama kami setiap masa.

Pulang hujung minggu ke apartment

Yeaayy...bole balik


Dressing cabang peha 2 kali sehari, kami telah dibekalkan setiap alatan yang diperlukan- Saline spray, gauze, mosquito artery, scissors, micropore, latex glove- semua dressing set lengkap.
Pemeriksaan Tekanan darah setiap 4 jam.
Pemeriksaan glukosa darah 4 kali sehari prebreakfast, prelunch, pre dinner,pre bed.


Maka pada hari Sabtu 14 April 2012 TGUH mula dapat t idur di apartment dan bukan di hospital lagi.

Sepanjang malam hingga menjelang Subuh , tidur TGUH terganggu.Kami (wacheda, balin dan mama) dapat mendengar dengan jelas setiap butir yang dipertuturkan TGUH malam tersebut.Hampir 5 kali berubah tempat tidur namun tidurnya masih terganggu.(ini juga balik nanti kita cerita, mungkin juga TGUH akan maklumkan semasa kelas).
Paginya Bandi dan Mimie ambil alih tugas- kami bertiga kepengsanan.

Akhirnya setelah jam 5 pagi lebih...tiba-tiba nyaring suara TGUH berteriakk...”Alllahu Akbarr...”. Kami cepat-cepat menerpa.Dengan mata  berkaca TGUH bercerita....(Maaf ..kali ini banyak iklan sabun...to be continued).Paginya Bandi dan Mimie ambil alih tugas- kami bertiga kepengsanan..Bilik apartmen kami tidak pernah sunyi daripada suara Imam Sudais dan Syuraim mengalunkan kalimah Allah menerusi Ipod yang dipinjamkan oleh Saudara Faisal Lokman.Ipod ini jualah yang menemani TGUH di dalam ICU dan IICU.Masih teringat bagaimana jururawat ICU dengan ramahnya membenarkan kami memasang ayat-ayat suci ke telinganya  tatkala TGUH masih tidak sedarkan diri.Tiada halangan....tiada masaalah...tiada karenah.......




Wacheda
Menlo Park

Mohon Maaf atas kesulitan

Assalamualaikum,

Dari meja chepokpok : Saya ingin memohon ribuan kemaafan di atas penutupan blog selama 3 hari disebabkan oleh kekangan waktu untuk menguruskan dan memantau blog. Dengan ini, blog chepokpok beroperasi seperti biasa semula..

Dekna terlalu lalu lalu lalu lalu sibuk sejak kebelakangan ini.. Jadi ampun dan maaf sekali lagi dan jutaan terima kasih atas email/ inbox facebook/sms dan call dari mereka2 yang prihatin.Tidak kurang juga bagi mereka yang sudi menghulurkan bantuan. Juga kepada kakak2 ku dan abg2 ku yang d best-est est est..  Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik kalian.

Yang ikhlas,
Tuan Tanah Kedaung /Cik TT/ Hana Haron
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space