Friday, April 13, 2012

(42) IICU 3

Sejukk....
Hujan lagi sepanjang hari...


Stanford Hospital.....
A paperless hospital...

Ruang kaunter hadapan jururawat
 Tiada kertas dan kad menimbun. Cuma key in komputer pada setiap terminal. Setiap jururawat ada terminal mereka sendiri.Setiap ubatan, cairan intravena,suntikan , transfusi darah, sampel darah- semua discan sebelum diberi-mengelak kesilapan kendiri.(Human error). Terminal dibawa ke sisi pesakit setiap kali berurusan.Di sorong kemana-mana pada setiap masa.

Terminal jururawat

Senyum TGUH tidak seperti semalam.

Nafasnya agak kencang dari biasa,selera menurun dan bila ditanya...mengaku agak penat.


Bersama Sophea diawal pagi untuk proses rehabilitasi.

Tergelak besar Sophea bila TGUH berdemonstrasi bagaimana kaedahnya TGUH ‘stunt’ atas katil semasa hendak berbaring..

” I’ve never seen people Post CABG do that.”

And I asked.. “ Is it legit..?”.... 

Puas sudah ‘Cardiac Rehab Nurse’ mengajar dan mendemo cara terbaik bangun dan mula duduk serta tidur diatas katil.Agar cara itu tidak memberi impak tekanan yang melampau pada parut ‘Median Sternotomy’.Tapi..TGUH tetap selesa dan meyukai kaedahnya sendiri..kaedah ‘stunt’- nanti kalau TGUH balik, kita boleh minta TGUH demo sikit.

Jawab Sophea.. “ I guess its OK..since I don’t see any direct pressure to the chest, and shoulder..”

Sepantas kilat TGUH menjawab.. “ Hantam saja laaa...”....Kali ini kami pulak yang gelak. Kesian Sophea terpinga-pinga.


Sessi bersama Sophea sentiasa menyegarkan dan menceriakan suasana.Pendekatannya bukan mengajar tapi lebih pada berkongsi.Cara susunan ayatnya tidak meletakkan kami seperti anak-anak kecil yang sedang diberi arahan.Terkadang walau niat kita suci menyampai ilmu , tapi disampaikan  dalam rentak yang bernada sombong dan riya’ lagi bongkak...konon merekalah  yang lebih layak..kita  rasa ....emmm.....emmm....rasa seperti dipijak-pijak...

Hari ini Sophea mengajar dressing dicabang peha tempat IABP (ballon). Balutan di buka . Ingatkan macam biasa. Rupanyaaa.... Maasyaallah... lain dari sediakala... Luka 6.5 cm panjang x 2cm lebar, 1cm dalam. Mencabarrr untuk di dressing...


Nafas TGUH ketara kencang...Macam orang semput..

Bila ditanya .. “Letih sikit hari ini...”

Rupanya semalaman tidak dapat tidur.Bilik TGUH di IICU , jenis kembar berdua. Malangnya bilik single perseorangan tiada yang kosong-kepenuhan.

Pakcik sebelah jirannya..(pesakit baru)... tidak berhenti mengeluh dan meratuih (meratus) sepanjang malam hingga siang. Suaranya pulak memang dah macam pakai ‘Loud speaker’ sebab dia ada ‘ sound trouble’....Alaaa...Pak Maaattt.....Baru menjalani pembedahan untuk kanser usus,walaupun ubat  ‘morfin’ telah diberi tetapi Pak Maaat tetap merungut dan meratuih setiap saat. 

Berbangsa Portugal , sebutir haram pun tidak dapat dipaham .Jururawat juga bermasaalah berkomunikasi dengannnya, hinggalah anak-anaknya tiba.Bila dia tidur, barulah aman dunia..
Kata Mimie “ Bukan operate usus tuh, mesti tersilap transplan otak....”    Heh..heh..

“ Mintak tukar bilik...” TGUH mula tidak selesa.

Kami cuba, tetapi penuh dan  diminta menunggu hingga ada.



ATAUUUUUUU...... mungkin juga.......


Mari kita bermain dengan angka..

Mungkin juga resah dengan angka..Kami baru terima.
                    Bil setakat hari ini.... Nampak tak jumlahnya... Nuuun tulisan tangan di sudut kiri... 

Boleh baca? Meh wacheda tulis.... USD 672,187.39 ( Cer kali 3.01)=RM  2,023,284.05
         Belum termasuk bil ubatan bila discaj.
         Sekadar perkongsian....

Wacheda nak merakamkan terima kasih pada Wanie(isteri Faisal).Masakkan makan tengahari kami.

The best beef rack home made I’ve ever tasted my entire life....Phhewwwwhhh.
 Wacheda nak mengaji resipi, habaq mai saja pengeraih lagu mana... and the barbecued chicken was so tender and juicy... TQ Wanie.......Faisal- u must be sooo luckyy...

 Fisioterapist datang lagiiii...

Ada peningkatan..Cuma harini agak letih.... namun tak pernah mengalah..

Occupational Therapist: Rusty : Belajar memakai baju yang betul....

Hari  ini TGUH dah sibuk minta discaj.
Selesa dikelilingi anak-anak katanya.Setiap yang tiba. Pasti ditanya..” When can I be discharged ???”



Jam 6.30 pm , baru kami di maklum ada kekosongan, tapi masih bilik kembar kongsi berdua.

TGUH tetap mahu pindah...dah tak tahan dahh...

Sekurang-kurangnya malamnya dapat lena...

Kami berangkut ke 321A.


Moga malam ini lebih indah...dan  TGUH dapat berehat dengan lebih mudaaahhhh......
Inshaallahhh......Biiznillahh.....





Wacheda
Menlo Park
11pm
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space