Thursday, April 12, 2012

(40) IICU 2

Sesampai dibilik D338A, Sophea telah sedia menemani TGUH,sambil berbincang teknik-teknik yang mampu mempercepatkan proses rehabilitasi.Buat yang baru menyertai chepokpok dan masih baru dalam mengikuti susur galur hikayat kami,Sophea ialah  'resident nurse'disini .Berketurunan Myanmar tetapi telah lama menetap di sini.Ramai kenalan Malaysia menyebabkan Sophea memahami sepatah dua perkataan Melayu.

Beliau  mengendalikan kes-kes khas terutamanya pesakit istimewa Mr.Robert Robbin.Tidak semua kes yang dibawah tanggungjawabya.Seingat wacheda, semasa di ICU, sekurang-kurangnya2-3kali sehari Sophea akan menziarahi TGUH.Sedari awal proses yang melibatkan kesemua prosedur iaitu temujanji pakar, angio, echo, vein mapping dan sesi taklimat , Sophea tidak pernah meninggalkan kami.Masih terpahat kuat dalam ingatan kami bila Sophea akan memaklumkan berita terkini TGUH dari dalam kamar pembedahan setiap 2 jam.Beliau ibarat jambatan penghubung yang sentiasa bersedia memaklumkan setiap perkembangan dan melayan setiap pertanyaan.We were never at lost....anytime, anywhere.... Maaashhaallaahh....bukan setakat kepentingan pesakit dijaga tetapi mereka juga mengaji psikologi ahli keluarga yang sentiasa dalam kebingungan,keresahan dan kesaspenan bila kita dibiarkan sesat terpinga-pinga tanpa khabar berita.

Masih ingat cerita di entri ICU 3..perbualan tersebut adalah antara kami dan Sophea. “ It is still considered miracle !, considering his age, long haul operation, 5th opening, complicated surgery and lots of blood lost...He is a fighfter..and I answer “ I bet he is....and that’s the  power of prayer...from him and from each one of us.”


Dan ..hari ini dan kali ini giliran Sophea pula....Guess what she say to me, as soon as she saw my face..

“You people must have done a pretty great deal of prayer huh...”

  “Look at him..... I almost did not recognize your father....He is doing terrific ...”

Hidayah milik Allah ,biar sekecil mana pun usaha kita.Biar wacheda ulang sekali lagi ‘Orang bijaksana akan lebih terkesan dengan bisikan berbanding jeritan..’

Lama kami bersembang,beralih topik dan tajuk.

“ I had a chance googling up your father yesterday, I just found out that he is an important man back in Malaysia”.... kami tersenyum dan ia menjadi topik perbualan yang hangat antara kami.Sophea baru tahu rupanya.Mesej yang Wacheda ingin sampaikan ialah... tidak kira siapa pesakit kita tidak perlu ada ‘double standard’ dalam pengendalian kes, samaada di DS atau dimana sekalipun.

Sophea dalam uniform biru jururawat.
                 ( Opppsss... ada orang makan trekta pun nak enterprem)
Yang jelasnya mereka disini tidak tahu siapa TGUH dimata kita, juga ramai jururawat yang tidak tahu Wacheda dan Balin berprofesion doktor.Tetapi , tidak mungkin kami akan mendapat layanan yang sama di hospital tanahair.(Ma’af berkata).Setiap jururawat disini akan bertanya “ What would you like me to call you..Mr. din , Dato’ or Professsor...”..kalau di Malaysia biasanya main hentam ‘pakcik’ jelah..  “ Ni ubat pakcik ya...”.. “Pakcik, saya nak ambik tekanan darah ya..haaa...jangan gerak-gerak tangan tuuu..” Bukannya salah.. tapi kan molek buat homework sikit, baca dulu pengenalan diri pesakit, semua ada dalam rekod.

TGUH masih berpendirian untuk mengambil makanan hanya dari rumah, walaupun sessi ‘tazkirah’ dan ‘sekolah’ semalam berjalan lancar, masih syubhah katanya.Alhamdulilllaaahhh .. Wacheda teramat gembira kerana masih berpeluang memasak untuk TGUH  semasa masih di hospital.

Selera masih belum pulih sepenuhnya, TGUH tengah layan Laban(lazzatu lissyaribiiin...).Yang lainnya...Home made food.


Tengahari tadi Balin ke IMS untuk urusan, sempat bertemu Medical Director IMS.
Agak berumur. Dia menyapa dan berkata “ I’ve heard the story...It’ simply remarkable...5th opening and all the complication. What a tremendous recovery....I know..I had only one CABG..only ONE.... God I know how it’s like”... Satu hospital ni dah tau cerita TGUH rupanya.

TGUH lebih banyak duduk diatas kerusi, jadi kakinya agak mudah bengkak dan lenguh.
KTG bertiga- Balin ,Bandi, Mimie.Berkampunglah kami disini.Muka sapa paling brutal?

Ruang menunggu hadapan IICU- luas, selesa, LED 42”
Tukang urut impot Saudara Faisal Lokman."Saya ada permit pakk..."...(.ini lawak wacheda jer...jangan mara aaa bro Faisal Lokman)

Yang ini bukan doktor, bukan fisioterapist ya tuan-tuan..Bandi sedang menerai pijama yang dihadiahkan oleh hospital, termasuk stokin kuning(yang Lan Belasah nak gantung kat bilik mesorat PKPI untuk kenangan ), bantai peluk comey, selimut ‘fleece’ bercop stanford hospital.
“Dekna, baju ni Bandi chop ya... pat-pat nyee, siapa cepat dia punyeee...”

Tuan-tuan puan-puan adik beradikku sekalian... Kita ada ‘kuiz minggu ini’
Soalannya... Siapakah yang sedang berposing ataih moto ini...  Ehh.. silap...silap... soalan yang betulnya...  “ Berikan nama penuh, moto yang Bandi  & Mimie tengah posing ni”
Jawapan terpantas di ruangan komen serta tepat akan menerima....jeng...jeng....jeng.. sehelai T-shirt bodo San Francisco....(ini betul-betul bukan cobaaan....)....Keputusan adalah muktamad, sebarang surat menyurat tidak akan dilayan..( cutin takley masukk aaaa..)

p/s: Jafni: Susah nak jawab soalan anda...wacheda cuba ringkaskan...jawabnya..TAK ADA...

      Adni:Wacheda akan pertimbangkan serta cari masa sesuai untuk permintaan itu. Walaupun telah di IICU jadual TGUH amat padat dengan sessi fisiotherapy dan lawatan doktor- amat-amat ketat dan padat. Mungkin masa di wad biasa jika diizinkan.Kena ambil mood untuk berbicara dengan kalian, sekarang asik potong stim aje...tak ada ruang dan masa.
Hijau ???..Waaaa...kaaaa...kaaa..... Disini semua orang suka hijau...Dimana-mana wacheda jumpa.. GO GREEN....THINK GREEN.... LOVE GREEN..... 

    Abu Nasih: 3 ekor kambing + 1 ekor rusa golek rawang style??... Perrrghh.... Nalla karuppan sollumalaaaii....

    Nora Zainal : Terima kasih atas keperihatinan . TGUH telah dinasihati rehat sepenuhnya selama 6 bulan.Walaubagaimanapun Wacheda tetap hormati dan akan sokong apa sahaja keputusan TGUH. Cuma kali ini Wacheda harap kita dapat beri sokongan agar TGUH dapat melalui proses kesembuhan dengan optimum dan maksimum.Terlalu banyak yang TGUH telah lalui.... Moga kita masih sudi menunggu lagi...




Wacheda
9.55pm
Menlo Park.

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space