Suda pindah biliiiikkk..... maju lagi setapak.. Alhamdulilaaaahhh....
Jumlah hari di pantau di ICU ialah 8 hari.Hari ini berhijrah ke Intermediate ICU
Tingkat3 ,D3 338A.
![]() |
| Bersama Rusty ( Occupational Therapist) |
Hari ini mampu berjalan tanpa ‘walking frame’.
“ Mr. Din.. take it easy....take it easy..” Rusty dah gelabah bewak bila TGUH dah mula kampui jalan tak henggat....
![]() |
| Pose istimewa bersama stokin kuningnya. |
Tanpa bertangguh TGUH telah diziarahi Chef hospital dan Patient Sevice Manager.
Kali ini terangguk-angguk depa kena sekolah dan tazkirah..
Minta maaf berkali-kali kerana kecuaian.
Banyak yang telah diklarifikasikan.
![]() |
| Rupanya.. ada special request untuk ‘Halal section’..Lerrrr.. |
![]() |
| Cardiac Rehab nurse bersama taklimatnya |
Selesai sessi ,dia bertanya “ Are you OK Mr Din ?”
Sepantas kilat TGUH menjawab “ No...no.... I’m not OK....”
Berubah air muka jururawat..
“ I’m not just OK..... I am EXCELLENT......”...pheeewwwh.. . jururawat menarik nafas lega...
![]() |
| "From stanford Hospital with LOVE....." |
Bantai peluk dada untuk batuk dan pergerakan bangun berdiri agar tidak membebankan parut pembedahan yang masih baru.
Jom melawat sekitar sepital...
![]() |
| Chapel (common room untuk semua) |
Tempat kami solat dan bermunajat serta berjumpa ramai sahabat seagama dan sekiblat.
Bersih, kemas dan selesa dan tentunya tidak berbau hapak dan tengik seperti biasa...hmmm
![]() |
| Dinding dihiasi beberapa pengenalan agama sedunia, tidak terkecuali.... Islam diberi hak dan ruang. |
![]() |
| Sudut Islam: Terjemahan Al-Quran dalam pelbagai bahasa, Arah Qiblat. |
Telekung, sejadah juga disediakan- rasanya hasil wakaf orang setempat.
![]() |
| Tandas awam ??-- Lantai -wood flooring lagikkk... , semua gadget- motion sensor... Hadddooii... |
Wacheda
Menlo Park
12.09 tengah malam
P/s ; Imran::Alhamdulillahhh... lepas cerita di komentar ICU9,iklim laman kita makin stabil daripada taufan. Terima Kasih buat semua yang berdiri dan menzahirkan pendirian.
Almaklum pompuan , sarat emosi ... kih.. kih.. kih... lambat sikit gear turun dan kembali sejati.












