Tuesday, April 10, 2012

(38) ICU 12

Cuba tuan-tuan perhati laman maya ini.. Ada ternampak iklan tak ?? Ya tepekan iklan?


Berita dihantar-ikhlas tanpa mengira pulangan dunia. Hit 20k, 50k, 70k.... bukan angka yang dikira menghasilkan laba .
Inshaallahh...atas nama Allah... kami sedia lagi rela... kita kongsi bersama. ( So don’t talk to me ‘bout hak milik PABLIK)...Hadddoii tak habis lagi tuu wacheda nih...;-)


Laman ini hanya untuk ahli keluarga...

Tahniah kerana anda kini ahli keluarga besar kami...

Siapa??? Yang sudi berkongsi segala... SEGALA......... (Isn’t that what family are for ??)

SEGALA--tatkala suka  duka, sihat sengsara, tenang gelora....
&.......’Sharing is caring...’

Keluarga- ibarat cubit peha kiri, peha kanan pasti terasa...Jika  kita berkongsi jasad yang sama.

 Andai tiada berasa apa-apa , maka anda bukan keluarga kerana jasad kita berbeza bukan pada tubuh yang sama.
Terkadang bukan sahaja peha kanan yang sakit andai peha kiri yang dicubit tapi setiap semesta badan turut terusik lagi perit.


Bukan buruk perangai tak boleh di tegur, tapi nawaitu laman ini penyalur maklumat serta pengukuh mahabbah dalam ukhuwwah.

Jua medium terapi memperkasakan rehabilitasi , bukan sahaja untuk TGUH tapi kami.

Interaksi komentar positif tuan-tuan serta doa dan harapan yang dikirimkan,menjadi penghibur buat TGUH yang disayangi.
Senyum, tawa ,tangisan bahagia ibarat ubat penenang yang tiada tolok bandingnya.

Jika di Malaysia,berapa sangat peluang tuan-tuan berinteraksi secara langsung dengan TGUH,disini setiap komentar dan lukisan hati tuan-tuan sampai kepadanya secara langsung.Melakar senyuman atau memahat ingatan......interaksi yang berkesann.


Maka dengan itu,Andai berhasrat sangat nak caris pasal,maka bukan disini .No...not here...Silalah  pilih  gelanggang  dan pentas sendiri.



  Semenjak dua hari ini TGUH kian rancak bercerita.Setakat ini telah sudi berkongsi 3 dari episod-episod mimpinya.....
Yang paling terkesan...cerita ini(setakat ini laa...mungkin ada yang depan-depan, nanti kita kongsi lagi). Wacheda minta izin untuk dikongsi disini...Alhamdulillaaahh TGUH restui..



4 hari tidak sedarkan diri..


Pada suatu ketika... datang perkhabaran serta mesej yang jelas...bahawa TGUH telah sampai masa.

TGUH dimaklum..dengan amat nyata bahawa tika masanya dijemput pulang menemuiNya yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia
.
Dalam keredhaan ada kesedihan dan kesangsian
.
Mungkin ini ketentuan... ‘Innalillaaahh...wa inna ilaihi raajiuuunn...’..
Dalam detik kecemasan..antara hijrah diantara dua alam.
.. 
Tiba-tiba TGUH dinampakkan suatu padang yang luas terbentang..

Dibanjiri ribuan yang bermunajat serta solat hajat... untuk siapa??
Subhanallahh...menitik deras manik mutiara dari kedua-dua mata cengkungnya.
Mereka semua menadah tangan bermunajat untuknya....

Kali ini TGUH menyambung ceritanya dalam esakan...Kami bukan sekadar kebanjiranullazi tetapi telah ribut taufan diikuti tsunami.

Sambungnya...seluas mata memandang..hanya lautan manusia larut dan tenggelam dalam zikir dan doa.


Dalam kegawatan suasana segegitu...tidak semena-mena datang cahaya dari arah langit yang memukau lagi meyilau. Terperanjat terus ,mendongak kearahnya.

Terdapat kubah yang besar betul-betul diatas kepalanya. Warnanya putih bercahaya-cahaya.

Ada tulisan, yang jelas dapat dibaca.”La Yuraddu l Qadaa’u illa biduaa’’.

Sebaik membaca ayat... TGUH terjaga...

Hasbunallah wa ne’mal wakeellll..

Maka dengan itulah.. sebaik ternampak kami... Ayat pertama yang keluar dari mulutnya ialah... ‘Takbeeeerrr.....’...dan diulanginya 3 kali...



Kami masih menangis walaupun cerita TGUH tadi telah lama habis.... masih menangis...

-Hari ini. Tidak hanya berkawad setempat, tetapi telah berpusing keliling wad(ICU)
Kahak telah kering , tiada darah lagi hari ini- Respiratory Therapist in action.
-Median sternotomy- TGUH minta dikirim gambar ini pada semua...Adeeehhhh...seriau..

Hari ini dibenarkan makan,perlu mula perlahan-lahan.Hanya makanan separa pejal(semi solid -food)- semua disediakan dari rumah, TGUH tidak menyentuh makanan hospital...Bubur nasik dan sup ayam kampung.( ayam kampung-credit to Shafinazz, dia yang tolong redah carik)

TGUH Inshallah akan berpindah ke Intermediate ICU esok.Tadi Dr.Robbin datang memeriksa TGUH dan berpuas hati dengan perkembangan yang menakjubkan serta laporan yang memuaskan dari jururawat dan fisioterapis.Setelah 8 hari di ICU, esok...TGUH maju ke Intermediate ICU.. Alhamdulillaahh thummalhamdulilaaahhh..thummalhamdulillaaahh..


Setiap hari, murahnya rezeki kami, ada sahaja makanan turun dari langit... Zam...zam..alla kazaamm.... Hari ini Faisal Lokman masak, esok Shafinaz dan Aziz bawak, lusa Tn Hj Amir pulak..etc....etc....serta lainnya...Moga diluaskan rezeki serta dianugerahkan keberkatan dalam setiap urusan.... Ameeeenn...

Stesen makan kami diperkarangan sisi A& E.( Unit Kecemasan)


Wacheda aka Kokde aka Dr. Huda aka CheDa
North ICU, Stanford Hospital
7.30pm

--------------------------------------------------------------------------------------------------
DARI MEJA PENGARAH CHEPOKPOK : banyak sangat kekeliruan terjadi, terutamanya bagi mereka yg baru berjinak2 melayari blog chepokpok.. saya tekan kan sekali lagi, supaya segala ketidak puasan hati anda tatkala menaip email berbaur teguran/amarah/kasih syg dan dihantarkan kepada chepokpok ditujukan kepada org yang betul... :) (bukan saya tidak mahu reply, tapi terkadang terukir senyuman kerana kalian tersalah orang)..KTG bermakna KONTINJEN TUAN GURU merangkap mereka yang menenami Tuan Guru di SFO.. TUAN TANAH bermakna Tuan empunya Blog

Wacheda / Che'da / Kepala KTG / Kokde / Huda / Dr.Huda Haron :
Anak sulong TGUH merangkap wartawan bertauliah SFO merangkap penulis setiap entry utk tahun ini dan tahun lepas merangkap "hang nak kena sekolah ka?"


Wachelin / Che'Lin / Ballin / Dr Azlin Azzuddin :
Menantu sulong TGUH merangkap suami Wacheda merangkap KTG berjawatan khas di SFO.


Che'di / Bandi / Hj Hamdi Haron : 
Anak no.2 TGUH merangkap KTG berjawatan kaki pukul no.1 merangkap ketua finance merangkap Pak Lawyer  (amacam? ada berani?) merangkap "kite bakooooo"


Che'mi / Mimi / Hj Najmi Haron : 
Anak no.4 TGUH merangkap KTG berjawatan kaki pukul no.2 merangkap driver bertauliah di SFO merangkap "hang jgn main2 dgn dia ni"


Che'we / Kakwe / Aku anak YB (kalau hangin) / Hjh Salwa Haron :
Anak no 3 TGUH merangkap merangkap anak yang ditinggalkan di Malaysia utk standby apa2 jadi merangkap ketua bahasa dan komunikasi merangkap "depa pi dulu, cheq mai kemudian"



Farah dan Ct Musalma :
Menantu2 TGUH yg cantik2 dan lembut2 dan sangat indah bila berbicara dan berbahasa yang kini di Malaysia


Che'na / Dekna / Chepokpok / Hanuni / Tuan Tanah / Cik TT / Cik Hana Haron  :
Anak bongsu no 5 TGUH merangkap tuan empunya blog merangkap tanah ini saya punya merangkap tuan email chepokpok merangkap editor chepokpok merangkap tuan yang watermark kan gambar2 TGUH merangkap segala2 berkaitan blog dan post dan gambar TGUH merangkap "hang berani, hang mai..cheq tunggu"
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space