Monday, April 9, 2012

(37) ICU 11



 Menlo Park tidak mendung hari ini.
Mentari berkongsi kehangatan dengan kami, sejak awal lagi.... cerah dan terang benderang.

Walaupun masih NPO, jururawat bertugas bersetuju membenarkan makanan separa pejal setelah puas kami merayu.
Shafinaz berusaha mencari taufoofa serata negeri....Alhamdulillaahhh....berjaya..
Juga air barli panasnya......

Makin bertenaga... Alhamdulillaaahhh....

TGUH melayari blog, bermula sesei selepas pembedahan. Satu persatu komen wacheda bacakan... 104 komen....Semua dibaca... Baru habis takat tu,nanti sambung lagi.
Habis sekotak tisu kami kongsi bersama- wacheda dan TGUH...

Hari ini, wacheda tak berhasrat berceloteh panjang...

A picture is worth a thousand word....
Let the picture do the talking..
 
ICU hari ketujuh

Gambar terbaru TGUH- buat anda semua yang sabar menanti
 


p/s; Sila skroll pada respon komen wacheda di entri ICU9, tentang persoalan 'Apakah salahnya' daripada seorang tetamu 'pengomen' kita.
       5 point untuk direnung-renungkan dibawah katakunci masing-masing membahaskan persoalan yang sama...'Apakah salahnya...'....Apakah salahnya......Emmmmm...mmm




Wacheda
North ICU,
Stanford Hospital
6.18pm

-------------------------------------------------------------------------------------------------

DARI MEJA CHEPOKPOK.. menjawap persoalan lazim ini dari hamba2 Allah : 

"apa salahnya Sinar ambil berita utk dikongsikan bersama pablik.TGUH adalah milik orang ramai dan mereka ingin tahu perkembangannya dari sumber yang sahih.Sinar ambil maklumat dari sumber sini adalah satu penghargaan kpd anda.Dia ada mention ttg blog anda.Tidak ada manupulasi atau spin dlm pemberitaan Sinar.
Adapun komentar liar dr orang yg tidak bertanggung itu adalah diluar kawalan kita semua.Yang pentingnya blog ini dapat dijadikan rujukan siapa-siapa saja yang mahukan berita sahih berkenaan TGUH.TKasih"

Jawapan Dr.Huda Haron : " Assalaamualaikum wbt.. 

Memanglah setiap sesuatu itu milik Allah...

1)Kalau kita menanam pokok rambutan pun, pokok yang tumbuh adalah milik Allah, buah yang keluar sebagai hasilnya juga milik Allah...bukan kita punya pun...

Tapi adab dan akhlak mengajar kita meminta izin... bukan main rembat suka rasa..

IZIN...!!!! Nak makan rambutan pokok orang jangan nak jadi penyamun- atau Yahudi.

Minta izinn..

Cuba orang terai rembat buah moktan kita... Marah tak??
Siap berparang bersilat bagaiiii...

Tapi cuba orang rembat buah moktan pokok orang lainnn...memang buat dekk ajelahh..
Alaaaaa buah moktan oraaangg....bukan aku punyaaaa... Memang sikap kita ‘tak ambil peduli’ subur membaja dalam budaya kita...Lantaklahhh...orang punya.... bukan aku..

2)Orang yang sudah terbiasa sangat dengan perangai penyamun dan mencuri atau apa sahaja sikap buruk memang merasakan ianya tidak berdosa.Allaaahh.... biasa la tuuu.......Halal lagi.Alah bisa tegal biasa. Siap backing lagikk.. Apa salahh??..... Haaaa??? Tak salahh ???. Haddoiiii.....’FQM.....FQM....
..

Sebab itu dalam Islam ada aspek hukuman sebagai pengajaran.Pengajaran bukan sahaja untuk orang yang bersalah tetapi untuk sekalian ummah.Biar tak kompius memanjangg.....

3)Kalaupun setiap patah perkataan yang keluar dari kita tidak mampu menyemai mahmudah atau menuju makrifatullah....sekurang-
kurangnya jangan menyubur mazmumah atau menyebar fitnahhhh....Maaaashaaallaaah... moga Wacheda diberi hidayah...agar tidak tersasul dan sengaja buar salah.

4)Matlamat tidak menghalalkan cara.Jangan atas nama niat suci kononnya, mencuri dan menyamun pun dikira ibadah.

5)Memang lumrah insan ..pelupa...Kalau pun hilang ingatan...dan rasa telah TER... tercuri misalnya...(hilang ingatan lah katakannn) ... ada ruang untuk minta maaf- Ini sikap orang beriman.Hablumminnaas mengajar kita menjaga kemaslahatan ukhuwwah islamiah.Orangyang kuat hubungannnya dengan Allah juga terpancar dengan kukuhnya hubungan sesama manusia, kerana ‘Hablumminallahhh ....sentiasa dihubungkan dengan ‘Hablumminannnasss...’

Wallaaaahuu A’laaaaaaammmmmmmmmmmmm.....

Moga Allah menjadikan kita diantara yang sentiasa berusaha ke arah hidayah Allah... "
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space