Sunday, April 8, 2012

(36) ICU 10

ICU 10

Banyak yang perlu dipertimbangkan.
Bukan dengan akal dan pemikiran sahaja, tetapi juga dengan hati dan perasaan. 
Kekadang logik itu menyakitkan.
Kekadang emosi itu lepas dari kendali realiti dan kenyataan.

Pohon hidayah Allah juga untuk membuat keputusan yang tepat dan tindakan yang paling bermanfaat. 



Kata-kata yang Wacheda petik daripada-
(Ustaz Pahrol M. Juoi)


Hari keenam di ICU...


Lega rasanya hati tatkala meninggalkan TGUH semalam jam 10malam.Jururawat bertugas untuk shift malam ' Ayeesha Ibrahim'..memulakan perkenalan kami dengan 

'Assalaaaamualaikumm..'... 

Berbunga hati bila Ayeesha menghulurkan tangan sambil tersenyum lantas menambah .

" I am a muslim..."

Wacheda dapat bayangkan....Ayeesha perlu berjuang demi meletakkan tahap profesinya setanding dengan yang lain.Menjadi minoriti Ayeesha perlu memperkasakan dirinya serta menzahirkannya melalui tindak tanduk yang melebihi tanda aras biasa. Bukankah 'Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya'.Perlu cemerlang di bidang masing-masing.Dakwah melalui perbuatan terkadang lebih berkesan dari perkataan.Perlu menawan hati dengah akhlak terpuji.Meminjam petikan...'Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan'.


Pagi ini nyata senyuman TGUH lebih lebar dari biasa.

Lebih ajaib bila suaranya turut pulih separa. Subhaaanallahh..."Subhaanaman iza araa da shaian anyyaquuulalahuu...KUN... fayakuuunnn"

Wacheda dan Balin di panggil lebih awal ke bilik TGUH, rupanya Doktor meminta bantuan menyampaikan arahan.Tiub dada (chest tube) akan ditanggalkan hari ini.Tiub sebesar ibu jari(sebesar ibu jari Balin la...bukan ibu jari wacheda) masih melobosi sangkar dada sedalam 1 kaki.Pelik... disini ahli keluarga sentiasa di rai dan dijemput sama-sama berganding bahu dalam apa-apa prosedur.Jika kami berkebetulan disana pun, tidak dihalau dan ditengking keluar.Cuma dimaklum segala yang bakal mendatang.


Ahhhh...legaaaa....satu lagi wayar dah keluarrr....


Air muka TGUH kian ceria, nyata chest tube di dada  menyemakkan sanubarinya.....

Terasa ingin sekali mengabadikan wajah TGUH buat kalian..tapi 'pencopet' masih berkeliaran.. .copypaste tanpa perasaaan...... Adab dan sopan sengaja ditinggalkan...Sehingga kini, wacheda masih perlu  fikirkan... Buat yang bertanya 'Apa itu FQM'... tentu anda tamu muda disini, rajin-rajinlah skroll nukilan wacheda sebelum ini.. Laman ini penyubur ukhuwwah bukan mencari gaduh.Lebih berhemah memperkenalkan diri bukan kekal anony....

Proses rehabilitasi berjalan seperti yang dijadualkan...


Fisioterapist respiratori datang lagiiiii...(Tora datang lagiiii...). Daripada semalam Wacheda masih pelik dengan alatan yang digunapai olehnya..Tidak pernah  bersua berkenalan dengannya. Harini wacheda dah siap tanya pakcik gugel. In-Exsufflator (Cough Assist Device)...Membantu memaksa pesakit untuk batuk. Aduuuhh...ngerinya..Tekanan positif akan disalurkan melalui corong mulut secara berulang-ulang.Paksaan udara dengan diubahsuai tahap tekanan pada jangkamasa dan jarak waktu berbeza  akan membantu sekresi dan kahak bergerak, bergetar seterusnya merangsang batuk.

Merah padam muka TGUH memberi kerjasama untuk suatu batukan yang berkesan.

Hari ini berjayaaaa....berjayaaaa........... kahak yang keluar makin bertambah...hari ini kahaknya bercanpur darah...Kami yang terlompat-lompat kegembiraan...



Diatas kepala katil TGUH masih tergantung tanda NPO (nil per orally)- maknanya tidak boleh makan lagi.Sudah 6 hari tiada sesuatu yang singgah diperut TGUH.Hari ini ..terdengar di telinga kami TGUH terasa lapar.Ketika menu tengahari dihantar untuk pakcik sebelah katilnya...TGUH berjenaka.."Is it for  me??".....

Dahaganya hari ini, cuma diberi ais penghilang kering bukan dahaga.Air kosong diberi berpada, sedikit sahaja...


Lebih bersemangat dengan fisioterapi fizikal hari ini...nyata lebih bersemangat..

Walaupun bergetar-getar anggota ketika sessi duduk bangun, hari ini TGUH mampu bangun dari katil dengan ekstensi lutut dan hanya sedikit bantuan.Jangan lupa parut terbelah di kedua-dua paha kiri dan kanan,parut IABP celah cabang peha kiri pun masih belum pulih.

Dudukan diatas kerusi lebih tegap pagi ini....lebih lama...
Diziarahi beberapa sahabat disini.Ada yang membantu mengurut lembut... Lega, tukang urut dah bertambah pengikut....


Petang, fisioterapist fizikal datang lagiii..
Kali ini tengaga, terlopong mulutnya..... TGUH sedang berkawat setempat..
"Haaa... I see that I have nothing to do today.... You have done my work for me....."
Senyum..melambaikan tangan dan berlalu pergi.


Wacheda rasa, kalau bukan disebabkan wayar berselirat seolah-olah masih ditambat, TGUH tidak hanya akan berkawad setempat....tentu telah ke merata tempat... 

Alhammdulillaahh...
Setinggi syukur yang tidak sudah-sudah..Hanya pada Allah.
Juga pada kalian yang sudi mendoakan.....



Wacheda
Menlo Park
1.35 a.m










 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space