Saturday, April 7, 2012

(35) ICU 9


Baru sahaja kita berbual bicara dan beramah mesra pasal isu Mat Tepek....... reda sudah gundah gulana bila semua bersatu jiwa.

Hari ini..


Tanpa sepatah izin

Gambar?? Tanpa sepatah izin...

Keluar dulu baru minta  izin... ?? Ini apa pesennnn.....

Membuka ruang pada 'FQM' bermaharajalela....lihat sahaja komentar yang menjeruk rasa..

Wacheda buntu.Ide membeku.

What say uuu???





Wacheda
12.30 tengahmalam
Menlo Park

(34) ICU8 8

ICU 8    


Hari ini tidak mahu menjadi 'incredible hulk lagi'.

Bersiap awal-awal ke hospital. Teringat tagline incredible hulk 'Please don't make me angry... You wouldn't like me when I'm angry'(saja je.. Teringat tagline ni...tidak ada perkaitan hari ini samada yg hidup ataupun mati)Bukannya apa, teringat post tawun lepas, bila Rahimi komen yang Wacheda nampak cengei kalau diluar, dan nampak baik lagi sopan kalau menulis.Hakikatnya...wacheda memang cengei subhanallahhh....Cengei is oredy sinonim to me, cengei is wacheda and wacheda is cengei.That's why I like the tagline....'Please don' make me angry....You wouldn't like me when I'm angry'. Like I always say......If you are nice to me, I'll be twice nicer.

Wacheda kagum dengan kemudahan yang disediakan di hospital ini baik untuk pesakit ataupun keselesaan awam.Pada setiap ruang menunggu, mana-mana ruang menunggu pun..depan ICU ka, ruang menunggu bilik pembedahan ka, ruang menunggu kemasukan wad, disediakan sudut teh. Ada teh, kopi,coklat,biskut kering.Kopi  starbuck lagii.... Disediakan dalam termos,satu termos teh, satu termos kopi, ada air mineral.

Kebanyakan peralatan juga 'motion activated'-berfungsi atas pengesanan gerakan.Maka tidak banyak peralatan atau harta karun yang perlu disentuh.Sudah tentulah akan mengurangkan 'cross infection' iaitu jangkitan silang, kerana hospital tentunya tempat beranak pinak segala macam mak nenek punya kuman jika tidak dipantau dan disekat.Pintunya 'motion activated'.Hand sanitizer -motion activated.Hatta dalam mana-mana jamban pun,air sinki dan air simbah lubang jamban pun motion activated.Tisu tandas dan dikebanyakan tempat pun motion activated.Hanya gawang tangan.Truuuuuut........suda keluar macam magic.Reduction in touching gadgets,reduces contamination thus reduces cross infection. Kemudahan yang disediakan untuk pelawat memberi isyarat yang pihak hospital juga merai kehadiran tetamu pesakit.Juga mengakui, kehadiran pelawat saudara mara terdekat mampu membantu proses pemulihan dan kesembuhan pesakit dengan lebih jayanya.

Bila kita diuji dengan mehnah kesakitan dan terlantar di wad terutama ICU, memang kita amat berharap orang paling akrab sentiasa ada disamping.(I've been there,and WAllahi knows how it feels like).Aura positif dan semangat dari teman dan saudara rapat mampu menyalakan obor juang yang terkadang malap dek kelalaian sendiri.Sampai saat ini,masih ingat kuat pengorbanan Balin ketika Wacheda terlantar di ICU.Jika ditakdirkan wacheda hidup..mati...hidup. ...mati 3kali atau berapa kali pun untuk membalas jasa Balin, memang tak terbalas.Sentiasa disisi tak kira guruh atau ribut taufan. Terjelepuk tidur atas lantai ICU yang sejuk membeku cuma berlapikkan sejadah. Sentiasa senyum lagi sabar dengan karenah wacheda yang terkadang membiulkan.Setiap saat membisikkan kata yang mententeramkan jiwa serta sarat motivasi yang membakar minda.Hingga sekarang tidak pernah bersungut atau mengungkit-ungkit.Benarlah Islam melarang perangai mengungkit-ungkit sesudah sesuatu kebaikan yang kita hulurkan kerana ianya terlalu menyakitkan...

Awal lagi RN Sophea menemui kami bersama-sama TGUH.Jadual yang sarat dan padat hari ini kami diberi makluman. Hari kelima diICU,paru-paru TGUH telah mula dimasuki air.X-ray menjustifikasikannya.Pernafasan agak mencungap hari ini.Keletihan,suara TGUH mula serak, (slurred),pertuturan tidak jelas.Otot-otot telah mula menjangkaui tahap ketabahannya.Jelas kelihatan otot-otot kecil di bhgn pipi, dan beberapa bahagian lain bergetar(tremors) keletihan.

 Ahli fisioterapi(physiotherapist) menjengah TGUH sejak awal lagi.Setelah menggerakkan kesemua otot besar TGUH secara pasif serta melonggarkan setiap sendi,TGUH dibantu untuk didudukkan.Maasyaalaahhh... La hawla wala quwwata illa billahhhh....Hari kelima di ICU...tentunya telah medak sekian otot,telah tegang sekian urat dan telah berkematu sekian papan punggung dan belakang.Semangat seorang pejuang dapat wacheda dan balin saksikan dengan mata kepala kami sendiri.(sehingga nukilan ini dicoret TGUH masih teguh dalam keadaan duduk selama 6jam tanpa ingin berbaring-terkadang tertidur keletihan).Pecah empang kami melihat semangatnya walau pada usia sebegini.Lazimya.. wacheda lihat...pesakit mudah mengalah,merungut, mencarut pun ada siap dengan menengking2 kerana merasakan kudratnya tidak dijiwai. Tidak pada TGUH.Setiap jururawat pasti kagum dan terkesima dengan semangat juangnya.Seusai sesi fisioterapy yang memenatkan TGUH ditanya Rusty(fisioterapist).Rusty turut memaklumkan Do's andDon't....untuk mengurangkan bebanan pada parut pembedahan dada.   'Do you have any question...?'tanyanya sebelum beredar TGUH menjawab dengan suara tersekat-sekat akibat kepenatan... "When can I give my lectures......'   Haaaaa...... Ceramahnya yang dirisaukannya.... Rupanya susah atinya tak terkira bila pertuturannnya kian bermasaalah.... Takut tergendala jadual ceramahnya... Mashaaallahh.... Subhaaanallah....   Tergelak besar si Rusty.... "You will definitely get to give your lectures, once you'r 'Ok. "Let's concerntrate on first thing first,we get you on your feet first,then walk, then only lectures....Does that sound OK.....'   "He' some kinda guy huh...' Rusty  tersenyum kearah kami... 

  Diikuti dengan fisioterapy bahagian respiratory.Alat di sumbat melalui mulut dan disalurkan gelombang udara berulang-ulang dengan frekuensi dan intensiti berbeza demi merangsang batuk.Tidak sampai hati melihat ketabahan TGUHmelalui proses tersebut kerana tiap batukan akan mencengkam luka torehan didadanya, apalagi chest tube masih bergantungan melobosi sangkar dindingnya. 2kali TGUH diziarahi fisiotery respiratory untuk hari ini sahaja-pagi dan petang, dan setiap kali perkembangannya menakjubkan kerana beliau disaksikan memberikan kerjasama dan berusaha sepenuh hati tanpa mengalah dipertengahan jalan.Bersaksilah Ya Allah bahawa Hambamu ini tidak hanya menadah tangan tanpa berpenat lelah berusaha untuk sembuh,tetapi meletakkan segala sesuatu yang telah Engkau anugerahkan ke tahap yang melebihi taraf manusia biasa.  

   Kami ternganga terlopong terkesima....bila didatangi seorang gadis bertubuh kecil molek,berkot makmal putih,lengkap berlencana hospital,bertudung litup. Memberi semangat,motivasi dan membacakan ruqyah doa memohon dipermudahkan proses kesembuhan...... Subhaanalllahh.......It' legit here! !!!!..... This part of the world.. Ruqyah dibenarkan disini dan dianggap suatu proses terapi kearah kesembuhan hakiki. Can you believe that my fellow brothers?.I'm still slapping my face to make sure I'm not day dreaming. 

  Mr. Robbin juga melawat dan memeriksa TGUH hari ini.Perkembangan menakjubkan, cuma pertuturan yang sedikit merosot agak kabur hari ini dan perlu dirujuk pakar lain untuk pandangan dan nasihat.   5.30 pm suda....Izin  Wacheda nak sapedek tengahari kejap.  ...Laporan seterusnya... esok. Inshaallahh.... Till tomorrow..


  Wacheda
North  ICU 6pm
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space