Friday, April 6, 2012

(33) ICU7

Seharian berkampung...sehingga jam 10 malam..(selepas 10 malam tidak dibenarkan di ICU)
Wacheda lembek kededek macam taufoofa

Esok sahaja lah labuuu...(nak ketuk keyboard pun tak larat)- any sclerodermian will understand and I'm even special coz I have polymyositis too....

Sila skroll komen wacheda pada ICU 8. 

OKlah...wacheda tepek balik kat sini.


Tolong jangan tepek kat wall pesbuk Wacheda tentang' cerita Allah nampakkan sesuatu yang luarbiasa ' pada TGUH.....walaupun dalam komen di pesbuk.
Ini untuk tatapan orang-orang kampung sini sahaja... Kan wacheda dah kata ...diluar sana iklimnya berbeza dan ramai Mamat FQM(fee quluuubihim maradh) serta Mamat yang otaknya tak cukup penuh satu tempurung kepala.Biar disini sahaja....

Sedangkan kisah mimipi TGUH (dalam lantunan mahabbah) pun depa boleh komen macam orang tadak Iman...ada jugak yang komen sampai macam nak gelincir aqidah pun adaa.....Haiiishhh nauzuubillah. 
Berhati2 memberi komentar di pesbuk.Wacheda tersaangat berhati2.Kita semua juga perlu berhati-hati.

If you wish me to share a lot of things, please do your bit.....Be careful...Think twice or thrice..


(32) ICU 6


Hendak tidur...tidurlah mata...Entah pukul berapa makhluk ngantuk ni singgah.Lepas subuh...sambung balik(Iya adinda mahat....wacheda tahu,  TGUH marah lagi murka jika layan tidur lepas subuh-ni wacheda bagitau siang-siang sebelum kena sound).Tapi kalini wacheda dan seluruh KTG mintak diskaun sikit....bagi canla...
Tiba-tiba kami dikejutkan oleh deringan telefon.....Terperanjat bewak.....Haaaah...itu telefon hospital.Melompat turun macam spiderman dari atas katil Balin segera merampas telefon dari tali charger.

"Someone wish to talk to you'.Dihujung talian kedengaran saup-sayup
"Assalaamualaikummm........Baba dah sedar.....baba dah boleh bercakap.....Datang hospital segeraaa......!!!!!!!'
Haaaaa.....????Kedengaran suara TGUH dihujung taliann..kami mimpi kerr???
TGUHsendiri yang bercakap????

Kali ini kami semua pulak melompat turun katil macam incredible hulk(sebab semua dan muatan berat wal sarat tubuh badannya-dekna tolong jangan gelak sebab memang tak kelakar..ok).

Zassss....ke hospital....mandi ke,berus gigi ke...lain cerita(ini awe mesti suka....hmmmmmm)

Berlari macam ultraman taro menyerang raksaksa.

Subhanalllahhhhh..
Sesampai disisi TGUH...
Ayat pertama yang keluar dari 2 bibirnya yang kering "Takbeerrrr...."
Wacheda meraung macam orang meroyan kena bakar dengan ayat kursi.(tapi masih mampu kontrol macho)
Dan TGUH ulang lagi 2 kali......"Takbeerrrr.......Hilang ingatan yang kami sekarang tengah berada di medan ICU...serentak Wacheda dan Balin menyambutt...Alllaaaaahu Akbaaaarrr...3 kali........(mama dan yang lain masih di luar kerana kami hanya dibenarkan 2 orang pada suatu masa)
Walaupun kami berpesan berkali-kali supaya kurang bercakap tetapi TGUHtetap sepertimana yang kita semua kenal...Laaa hawla wala quwwata illa billahhh...

"Ingat Allahh....."
"IngatAllah........"
Dua kali diulanginya....
        "Ya...ba....setiap saat, kami ingat pesanan baba....semua orang.....semua adik beradik....semua anak murid ba....semua orang yang menyayangi baba......semua.... Tak terkecuali....doakan baba...tidak pernah putus-putus"

"Jangan lupa...masuk dalam blog....bagitau semua baba dah beransur baik.... Sampai salam pada semua..."Bagitau semua...jangan bagi depa susah hati"
Masyaaalaah.....dalam waktu-waktu begini masih diingatinya kalian semua.
"Ya...ba...satgi saya post kt blog"

"Ada banyak yang Allah nampakkan pada baba"

"Uhhuukk...uhuuuu...."terbatuk....suara tersekat-sekat,tiub setongkol yang mendiami tenggorokannya selama 4hari tentunya menyeksakan dan mendatangkan kesengsaraan walaupun lepas dibuka.

"Allah nampakkan pada Baba perkara yang luar biasa..."
"Uhhhukk...huk..huk....terbatuk lagi kali ini lebih keras dan jururawat perlu memasang tiub sedutan"

"Ba...nanti kita cerita..."
"Sekarang biar saya yang cerita dulu...."wacheda pun tersekat-sekat jugak.Semua memang maklum,  memang wacheda diantara yang kuat gelaknya tapi diantara yang terkuat teroyaknya dan kebanjiranullazinyaaa,sebenarnya gelak kuat tu nak cover ati yang mudah terusik dan terguris.Kami adik beradik share DNA yang sama...che'da, che'we dan che'noi aka chepopok.Kuat teroyak,ayaq mata murah dan bila empang dah pecah susah nak surut dan berhenti.

Wacheda dan Balin mula mengisahkan hikayat dari mulanya TGUH memasuki OT.
Mujurlah disini jururawat,  baiknya subaaaanalllaahhhh.Kami sentiasa dimaklum dengan nada yang baik dan lembut dihiasi senyuman......sejuuuk hati rasanya.Tidak lokek berkongsi maklumat,tidak pernah kena tengking jika terbih bertanya.
Bila wa cheda maklumkan pertemuan kami dengan Mr, Robert Robbin..

"Inshaallahh Ba....Robbin kata....walaupun sukar...dia puas hati dengan pembedahan kalini...."wacheda mengatur ayat satu persatu.
"Haaa.......bila pulak robin ni pandai kata Inshaallahh...."Hadddoii.....debush....tebaboo
Kena atas batang idung wacheda sebijik....Ingatkan tak pandai melawak lagik.
Sebab baru sedar,tapi awal-awal wacheda dah kena TKO.


"Dah berapa hari baba disini"tanya TGUH seakan kurang percaya walaupun telah dimaklumkan oleh jururawat sebentar tadi.
"Empat hari Ba...."jawab Balin lembut.
"Empat hariiii??......Ishhhhh.....ishhhh......empat hari noooo......"
"Betul 4hari...??????...."Maasyaallahh.....4hari baba tak sedar???" tanya TGUH
Jawab kami "Ada kalanya baba sedar, cuma dibawah pengaruh sedatif, untuk kurangkan sakit.....'

Kami terus bersembang agar TGUH tidak berpeluang bercakap.
Kemudian beri giliran pada mama, dan geng ligan baba yang lain.
Cuma mungkin kerinduan yang menebal akibat lama tidak bersua muka, maka tekanan darah TGUH dan degupan jantungnya tiba- tiba naik memuncak tatkala berjumpa mama.Nafas menjadi sedikit sesak.
Wacheda dan Balin masuk menemui TGUH semula dan jururawat bertugas memaklumkan TGUH perlu diberi ubat sedatif semula untuk menenangkannya.Bantuan pernafasan separa(cpap) juga perlu dipasangkan segera.

Kami diminta sabar menanti diluar semetara CPAP dipasang pada TGUH.

Kami mengambil peluang untuk solat serta mengalas sedikit, perut yang kian berkeroncong.Mujur mimi dan bandi telah siap merembat nasik di Redwood City.Alhammdulilllaaaahhhhh....(kalau trekta pun, memang boleh licinnn).Maka inilah sarapan merangkap makan tenghari kami.

Sebentar lagi, bila telah dibenarkan masuk...kami akan sentiasa berada disisi TGUH.
Kami  akan berkampung disini...hari ini......kampung.....ya berkampungg....
Terima Kasih semua.... Yang tak terhingga.... Moga Allah menuliskan amal kebajikan bagi tiap doa yang dititipkan buat TGUH.....Terima kasih sekali lagiiii....


Wacheda
ICU North,Stanford Hospital
2.30pm

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space