Thursday, April 5, 2012

(31) ICU5

Bermacam-macam yang menghantui benak kami.Segala mak nenek.Risau,gelisah dan gabra.Masing-masing membatu menanti di ruang menunggu ICU.Pagi ini kami tidak dibenarkan masuk lagi. Ketika ke kaunter hadapan ICU, kami dimaklumkan yang doktor ingin berbincang dengan kami dan perlu menunggu.Haddooiii...debaran dada semakin kuat dirasa, seakan menyesakkan nafas.Peluh sejuk dalam penantian menyebabkan kami tidak keruan.
Jam 11a.m barulah kami disapa "Mr.Din'family........".


Dr.Rao menjemput kami ke bilik persidangan, untuk berbincang secara privasi.
Dengan muka yang tidak lekang dengan senyuman,beliau memperkenalkan dirinya dan mula memaklumkan perkembangan kesihatn TGUH.Dr.Rao ialah doktor bedah yang terlibat dengan pembedahan mengeluarkan belon(ballon) IABPserta menjahit semula cabang peha yang ditoreh untuk prosedur tersebut.Rupa-rupanya awal tadi TGUH telah menjalani prosedur melepaskan belon IABP yang dimasukkan melalui cabang peha kiri.

Buat pengetahuan semua pada jasad TGUH ketika  ini  terdapat  4 kawasan yang ditebuk iaitu:
1)Belahan sepanjang dada hasil median sternotomy untuk CABG
2)Cabang peha kiri yang ditoreh untuk IABP
3)Torehan panjang sepanjang peha kanan untuk graft(akhirnya tak jadi,ambil urat darah tersebut kerana tidak sesuai)
4)Torehan panjang sepanjang peha kiri untuk ambil graft sekali lagi
(maknanya kedua-dua peha TGUH kena torehan......Adeeeehhh.....boleh tak dibayangkan bagaimana TGUH akan melalui hari-hari proses pemulihan.....sana-sini berlubang.

Dr.Rao ada bertanya " Is Mr. Din always like this...I mean..when we wake him up...he's always calm... not complaining much... is he like that all the time ?"
Kami tersenyum dan menjawab hampir serentak, dengan jawaban yang sama.
\
Ketika kami melawat tengahari tersebut TGUH masih dibawah bantuan alat pernafasan (ventilator) dan memandangkan prosedur melepaskan IABP makan TGUH masih dibawah pengaruh sedatif.

Hari yang amat panjang dan memenatkan buat TGUH harini.

X-Ray paru-paru menujukkan tanda konsolidasi(pengerasan) pada paru-paru kiri.
Maka Dr menjalankan bronkoskopi( bronchoscopy)- wayar sebesar ibujari dengan kamera dimasukkan kedalam paru-paru.

Selesai bronkoskopi 'arterial line' tangan kanan TGUH diganti kerana telah tersumbat.
Diikuti dengan 'intrakardiak echo'- kamera ultrasound disumbat kedalam jantung untuk pemantauan.

Sehingga tengah malam TGUH masih dihubungkan dengan mesin bantuan pernafasan.
Menurut jururawat,prosedur2 yang memenatkan harini ,tidak memungkinkan dikeluarkan lagi wayar setongkol di tenggorokannya, masih perlu disambungkan pada alat bantuan pernafasan.Wacheda makin risau kerana telah 3 hari TGUH  perlu menanggung ketidakselesaan wayar berselirat sana-sini terutama wayar setongkol dalam tekaknya. Teringat amanahnya dulu (1998)..."Walau apa pun yang terjadi...jangan biarkan Baba bergantung pada alat pernafasan terlalu lama..".... makin risau....risau.
Untuk sesuatu pembedahan jantung CABG yang tiada komplikasi,biasanya selepas 6-7 jam pembedahan ,alat bantuan pernafasan ventilasi telah diberhentikan. TGUH kini telah 3 hari .....3 hari......

Wacheda berdoa ...moga esok boleh dicabut wayar tersebut....Moga tanda vital stabil...pernafasan makin perkasa...jantung sekuat harimau...
Inshaallah esok...moga esok....harap-harapnya esok


Wacheda
11pm
Menlo Park
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space