Padanlah Bandi rambutnya nampak kian memutih harini....lebih putih dari biasa....berkilat-kilat macam cermin. Rupa-rupanya credit card asik decline, tak habis-habis dari semalam. Bila ada procedure tambahan dan bilangan hari di ICU bertambah maka perlu ada tambahan cagaran.Lagipun masuk OTmenjadi sampai 2 kali.Ada tambahan procedure ballon lagik.Maybank platinum credit limit dapat less 100k?? Tu pun dah increase credit limit Doyit dah masuk(terima kasih pada hamba-hamba Allah yang menanam saham akhirat.)...Jazaaaakumullah..khairan katheeeerraaaaaaaaaa ..sudah extra lagikkk..untuk ditambah credit limit-debit lagik...Tak munasarawaaakkk......
Balik ni pun, jangan siapa tegur kalau rambut Mimie turut bertambah putih. Dahlah Left Hand Drive, boleh biul kepala sekejap. Kedai makan halal pun bukan dekat-dekat. Zabihah dah jadi senjatanya tiap masa...Mujur tenet tak jadi masaalah di sini. Kalau di 'silicon valley' , tenet free memanjang. 24-7.Kat sepital,kedai mana2 pun, tenet laju toksah nak habaq bak angg.Mimie kena carik tempat makan untuk kami. Dia dah pro dengan Traffic Law California. "Stop rolling ( Haa??...), yield( apa kebender yield tu..), no turn on red (pulak daaah....), stop, 3 sec on each stop( siap kira lagi...one,rende, mune..)...Dah banyak kali TGUH puji....memanjanggg kena puji...pemandu berhemahlah...cepat cam jalan laa....That's our pilot... Mimie aka Che'Mie
Ballin macam biasa- terkejar ke sana sini, tak cukup tidur.Multi tasking.24/7 on call, answering every hospital call.Most of the time 'pembantu tukang masak impot'..tukang potong itu ini, basuh itu ini, sedia itu ini....Tak pernah merungut atau bersungut...
Mama- of course emotionally have to stay strong for everyone.Juga berjaga seperti kami.Juga penat perlu rehat.Sebab tu kami rajin buat lawak...bagi dia 'cool down ' sikit.
Wacheda pulak??..?...hmmmmm...mmmmm.Lepas balik tanahair nanti ..Mintak tolong jangan tegur Wacheda gemuk ke, tembun ke.." Awat berisi sangat.".....".awat tembam sangattt."....atau apa-apa yang sewaktu dengannnya...Isu sensitipppp. ( Dekna dan Awe mesti suka gileerrr kenyattan ni) Makan apa haaa di sana??? Makan trekta !!! Wacheda dah jawabkan siang-siang sekarang..(Ini Dekna mesti lagi suka).Diam –diam sudaaaahh....Have you ever heard..' Never trust a skinny cook'.....So...the gemukker the cook......(sambung sendiri laaa..)
Tengahari tadi saudara Faisal (bakal Dr of philosophy di bidangnya) belanja kami makan. Beli makanan dan makan di opis tempat kerjanya di Oracle.Masih muda belia,'cream of the cream',otak pun lebih daripada tempurung kepalanya( bukan macam sesetengah kita, otak pun ada sebelah saja- tak penuh pun satu tempurung kepala- hik..hik..hik....melawak jer...jangan maree), pembelajarannya disini pun atas biasiswa Agong (dat's why he's considered 'cream of the cream'. Tapi 'humble' nya .Subhaanallahh... pertuturannya teratur penuh sopan,merendah diri, nada dan tonasi tidak menampakkan benih riak biarpun setoet.(boleh korang imagine tak??)
Sahabat kita Encik Q(bukan nama sebenar-atas permintaannya) yang terbang ribu riban batu juga telah kembali ke tanahair malam ini.Menunggu bersama-sama kami sepanjang tempoh pembedahan, dan hadir menziarah TGUH tiap kali kami datang.Terlentok letih bersama-sama.Main hantam makan apa saja yang orang bawakkan bersama-sama kami. Terima Kasih. Allah bless u bro..(cakap omputih pulaaak) Encik Q ni, boleh dikatakan orang penting la, di Mesia nuun....(oppss tak boleh cerita banya-banyak, takut kena sound)
OK...berita terkini TGUH..
Malam ini TGUH bertambah baik perkembangannya.
Menurut Viviene(Jururawat yang menjaga TGUH- setiap pesakit sorang nurse saja yang jaga, harini nurse lain bukan yang semalam).. perkembangan TGUH sangat baik.,TGUH sudah boleh bernafas sendiri dan medically intubasi (tube pernafasan dalam rongga tekaknya)sudah boleh dibuka tetapi memandangkan esok ada pembedahan lagi ( buang ballon dan jahit cabang peha) maka masih perlu disimpan. Sian TGUH banyak kali mengisyratkan sakit di tempat pembedahan bila ditanya, kerana telah lebih banyak sedar sekarang.Jadi, daripada 2 kali intubasi, baik ditinggalkan tube ternganga di situ(menurut dr)..Moga Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyanyang...sudi menganugerahkan kerehatan buat TGUH dan mampu menanggung sakit terutama disaat2 ini dan ketidakselesaan tiub yang tersengkang di tenggorokannya.
Tadi, Ms Viviene bertanya salah seorang kami " Mr. Din must be a very important person...huh?? dan Encik Q(bukan nama sebenar) menjawab persoalan itu dengan pertanyaan.."What makes you say so.." Jawab Viviene..(translate lah ..senang sikit...kang Mak Njang payah nak paham, sian Dik Bee nak mengexplain).Kata Viviene." Bukan senang nak dapat appointment dengan Mr Robert Robbin, apatah lagi nak mendapat pembedahan air tangan Mr Robert Robbin sendiri, lagipun cara beliau mengambil berat,..ini mesti orang penting .Sebagai Ketua Kardiotorasik..masanya terpaksa dibahagikan dengan tugas administratif. Beliau cuma mengendalikan kes-kes istimewa...Alhamdulilllaaahh...jika TGUH diklasifikasikan sebagai kes istimewa...istimewa kes dan istimewa orangnya...
Tiap saat mulut TGUH kami lihat terkumat-kamit(walaupun matanya tertutup)..." Tengok tuu...zikir agaknyaa..."kata Dr. Azlin...Walaupun kami cuma dibenarkan 2 orang pada sekali masuk, tapi semua dengan cerita yang sama. Tak pecaya, cuba tanya Encik Q (Eh ..lupa pulak...bukan nama sebenar..)Malam ini Shafinaz dan Aziz turut hadir di hospital. 2 orang koperat yang sibuk bagai nak rak ni pun tetap mencuri masa , mana yang terdaya menjengah kami dan menziarah TGUH.Semoga Allah menulis amal soleh bagi setiap bakti mereka.
Kami maklum TGUH beberapa perkara, bercerita... walaupun matanya tertutup.
Ada kalanya air matanya menitis...Adeeehh...ini yang tak tahannn nihh....(kebanjiranullazi laaagikk)
Wajahnya seperti orang tidur, tidak bengkak, pucat , kuning dan sebagainya.... (Ma'af wacheda tidak berhasrat hantar gambar close-up TGUH dalam ICU, kerana masih curiga terhadap parasit yang suka hijack dan tepek sana sini tanpa perasaan)
Alhamdulillaaahh...perkembangan yang baik..... Moga kita semua masih belum jemu memanjatkan doa untuknya......
Wacheda
12.57malam(tuan-tuan puan-puan...ini maknanya malam ya....dan lepas ni.... my zen time,don truut...truut my hp aaaa)

