Tuesday, April 3, 2012

(27) ICU

dari meja chepokpok :maaf, post ini agak terlewat.. mata berat sangat..pengsan kejap..so here we go, walaupun wacheda dah post utk org ramai di ruangan komen

Sedikit tambahan, suka diingatkan, setiap komen boleh lah terus ditaipkan di ruangan komen di bawah setiap pengakhiran post.. bangun2 tadi saya dapat email yang bertalu2 dari kalian semua.. Terima kasih. tapi lagi sekali diingatkan,setiap komen bolehlah ditaipkan di ruangan komen di bawah.. 


Setia menunggu..
Kami hanya dibenarkan masuk selepas 10.30pm.

Keadaan TGUH semaki stabil, cuma TGUH kehilangan banyak darah. Setakat ini 8 pt telah ditranfuse.(8bag)
Yang melegakan wacheda, tadi kami dikhabarkan oleh jururawat bertugas,TGUH telah sedar dan mengadu sakit...maka telah diberi ubat sedatif yang kuat.
Wayar masih berselirat disana sini. 
Ballon berfungsi dengan baik.(ditebuk dari cabang peha kiri)
Keadaah dehidrasi(kurang air) masih ditahap pertengahan(moderate) dan perlu dipulihkan
Tekanan darah dan tanda vital lain...Alhamdulillaahh....berkat doa semua semakin baik daripada masa ke semasa.

(26) Pembedahan 9

Laporan seterusnya selepas 8.30pm (11.30pagi waktu malaysia)  bila kami dibenarkan masuk ICU, selepas stabilization.....

(25) pembedahan 8

Dr. Robert Robbin datang menemui kami di ruang menunggu.

Mengulangi 3kali- "This is a veeery very long and complicated surgery..." sambil menggeleng-gelengkan kepala.
"Nobody should open up him in the chest anymore....very-very difficult"

 10jam setengah .
2 graft telah selesai di sambung.
Urat darah diambil dari kaki.
Cuma jantung TGUH  agak lemah dan terpaksa di pasang IABP(Intra-aortic Ballon Counterpulsation Pump)-ECG tiba2 bermasaalah selepas graft siap dipasang.
Maka jangkawaktu di ICU akan bertambah daripada 2 hari kepada 4hari, dan dijangka akan lebih lama dibawah pemantauan.
Ballon hanya akan dibuka selepas jantung kuat semula untuk mengepam darah.
Esok mungkin masuk OT semula jika ballon boleh dibuka.
TGUH akan dibawah bantuan pernafasan lebih 24jam(biasanya lepas 6jam bantuan boleh di buka untuk kes2 biasa).

Kami hanya dibenarkan melawat 8pm.

(24) pembedahan 7

Telah sepuluh jam berlalu....masih menunggu.
Khabarnya tengah closing

(23) pembedahan 6

Terima Kasih semua kerana memanfaatkan laman ini untuk mengetahui perkembangan terbaru. Saya amat pasti, setiap yang cuba mengakses laman ini dengan nawaitu yang ikhlas untuk mengetahui keadaan terkini TGUH.Tiada lain niat KTG dan cik TT melainkan berkongsi suka duka dengan anda semua dan tiada niat untuk mencari laba dunia.Maka dengan itu jugalah saya berterima kasih kerana tuan-tuan puan-puan tidak mengcopypaste ke laman dada muka buku.Alhamdulillaaahh...ini memandangkan sistem muka buku yang berbeza dan tiap kali timbul di news feed akan mendatangkan keresahan dan kegusaran dihati-hati mereka yang 'berpenyakit'. ' Fee quluubihim maradh'.....mungkin mereka tidak suka....
Jadi..biarlah kita kongsi disini... terima kasih sekali lagi...

(22) pembedahan 5

Telah 8jam setengah sejak TGUH mula 8 pagi tadi.
Graft baru selesai.
Sekarang proses menutup dada semula- biasanya memakan 1-2jam

(21) Pembedahan 4

Shafinaz dan Aziz menemani kami sejak awal pagi, serta datang dengan sarapan yang lengkap.Allhamdulillaaahh.....
.
Tn.Hj amir Razelan dan Kak Nani tiba kemudian diikuti saudara Faisal Lokman membawa makan tengahari.
Thank you Allah for sending us these great people....Thank you.....
 
 

(20) pembedahan 3

Alhamdulillaahh...berkat doa semua...keadaan TGUH makin stabil... Subhaanallahh..La hawla wala quwwata illa billaahh.....

Baru menerima panggilan dari dalam OT,Sternotomy telah sampai ke perkarangan jantung. graft pertama sedang di pasang.
(Graft kedua dalam perjalanan)

(19) pembedahan samb

Sudah lebih 3 jam, dada dibuka melalui 'sternotomy'....masih belum sampai ke tempat jantung.Pembedahan amat rumit, banyak urat berselirat dan melekat-lekat kesan parut pembedahan lama.Pohon doa dari semua....

(18) Hari Pembedahan 2

Kami disalurkan maklumat mengenai TGUH melalui mobile fon oleh Sophea setiap jam......Alhamdulillahhh...
Urat kaki kiri diambil dengan kaedah bedah sepanjang bukaan(bukan dengan scope-kaedah terbaru) maka parut akan memanjang disepanjang kaki TGUH dan proses kesembuhan juga akan mengambil masa.
Masaalah dengan urat leher yang sempit,kami dimaklumkan pembedahan akan lebih lama daripada yang dijadualkan- lebih lama dari 6jam

(17) Hari pembedahan

Sayu hati tatkala mengaminkan doa TGUH dipintu apartment sebelum berangkat subuh-subuh spiiee tadi.Tepat 8am TGUH dipangil masuk.Kami dibenarkan bersama TGUH didalam bilik persediaan sebelum ditolak masuk.
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space