Monday, April 2, 2012

(16) D14- Hari keempat belas -Esok hari pembedahan

Esok hari besar 2 April 2012.

Teringat semalam tatkala TGUH ditanya kesihatan jantungnya....

 Jawapan TGUH . “ Alhamdulillaaahh...jika di Malaysia purata serangan sakit jantung  lebih 10x dalam sehari.Kadang-kadang spray GTN sampai 4 kali pun belum reda.Terbangun tengah malam...sakiiit, sesak nafas.Lepas mandi pun kadang-kadang boleh kena.Sesampai disini dalam 2kali sahaja sehari dan kadang-kadang tiada serangan sepanjang hari.....mungkin banyak rehat kot ....tapi... semalam lepas diberitahu tentang kos...dia berdebar kuat pulak....dupdab...dupdab....dupdab.....Ha...ha...ha”...

       Gulp......Semua kaget  dan tersentot usop santoriannn........tak tahu nak gelak ke...atau nak respon apa, kerana TGUH tergelak besar....Kami......konpiusss....keliru...lawak ke,serius ke.


Hari ini kami menerima kunjungan tetamu rakyat Malaysia yang bermastautin di sini.

Kunjungan rakyat Malaysia ke kediaman kami


TGUH tetap melayan dan merai tetamu walaupun esok hari besar baginya.
Juga ada rakyat malaysia yang sanggup terbang ribu riban batuan jaunhya  untuk menemui TGUH disini dan berada disisi TGUH sepanjang tempoh pembedahan.... Subhaaanalllaahh...... Moga Allah merahmati dan  memberkati tuan-puan sekelian.Tidak kurang yang menghantar pesanan nuuunn jauh dari tanahair serta luar negara yang sudi memanjatkan doa, mengatur majlis bacaan yasin, bertadarus al-quran 30 juzuk,melaksanakan solat hajat serta berbagai usaha lain dalam usaha  menjadikan doa suatu medium ikhtiar.

Sakit dada semakin beransur pulih...Alhamdulillaahhh......

Kami telah diberi ‘mobile fon’ dengan nombor US oleh Christiane Balouney. Agar mudah dihubungi saat kecemasan atau jika ada apa-apa perubahan yang memerlukan persetujuan  segera.


 Ada satu perkara lagi yang tuan-tuan puan-puan yang dirahmati Allah perlu tahu....

Kami baru dimaklumkan..... Barisan Pakar Pembedahan akan diketuai Mr.Robert Robbin...Alhamdulillaaahhh berkat doa tuan-puan semua...Mr. Robert Robbin beransur sembuh dan semakin yakin untuk mengetuai misi kali ini...Moga Allah permudahkan ..Ameeeeenn.......
.TGUH ada bertanya Dr.Lee tentang keizinan dirakam prose pembedahan. Birokrasi dan kerenah tatacara dan perundangan tidak memungkinkan kami menitip proses tersebut.Gagau sahajalah dekat pakcik gugel... carilah mana yang telah diupload.


Malam ini, selepas makan malam , kami usahakan  juga mencari ‘pisang goreng’...makanan paberet TGUH. Terima Kasih Shafinaz dan Aziz kerana membawakan pisang....bolehlah di goreng..

Esok...hari besar 2 April 2012.


Selepas solat subuh kami akan ke hospital pada jam 6a.m(waktu San Francisco).


TGUH mendapat giliran  kes pertama esok. Akan mula ditolak ke OT jam 8a.m waktu San Francisco(bertepatan dengan Hari Isnin 11pm waktu sana).Subhaanallahh... cantiknya perancangan Allah...kerana bertepatan dengan waktu rutin majlis zikir Darussyifa Pusat(Eh..silap..Darussyifa’ Malaysia,Bangi) .

Wacheda akan berusaha menyampaikan berita secepat mungkin pada tuan-tuan melalui blog ini. Esok mungkin ada 2-3 entry bergantung keadaan.


Jam 12 tghmalam TGUH akan mula berpuasa...Ubat-ubatan perlu diselia kerana ada yang perlu diambil dan ada yang ditegah. TGUH akan mula disental  'scrub' tubuh badannya terutama bahagian dada dengan 'penyental' scrub pembunuh kuman yang telah diberi pihak hospital - 2 kali iaitu malam ini dan esok pagi.



Inshaallah...kami juga akan bersama tuan-puan dalam hening solat hajat dan sendu munajat......


Wacheda
Menlo Park
11pm

(15) D13- Hari ke tiga belas- Monterey Bay

Tinggal sehari lagi sebelum hari yang besar 2 April 2012.......



   
           Kami berusaha memaksimumkan kesihatan TGUH untuk persediaan menghadapi ranjau berat 2 April 2012.Disamping pemakanan yang teratur dan terpilih,mesti ada kaedah lain yang belum diterokai, sesuai dengan kekangan waktu dan keterbatasan kesihatan.


Banyak yang dibahaskan tentangperhubungan ion negatif dan kesihatan sejak beratus tahun dahulu.Ion negatif mendapat jolokan vitamin udara dikatakan berperanan dalam proses detoksifikasi dan memberi kesan positif terhadap keseluruhan tahap kesihatan badan.Penyelidikan mendapati ion-ion negatif ini ujud pada konsentrasi yang tinggi di kawasan berhampiran air terjun,tepi laut, pergunungan,hutan dan hamparan rumput hijau.Itulah juga sebabnya mengapa kita berasa nyaman  dan bertenaga apabila berada di kawasan air terjun atau tepian laut.

Menyedari hakikat tersebut kami menerima pelawaan Shafinaz merantau hingga  Monterey Bay(Teluk monterey).160 km daripada Sharon Green Drive, (Palo Alto kediaman kami- lebih 2 marhalah tuuuu.......Perjalanan berkereta mengambil masa 1jam 50mt menghala selatan.Tepian laut dengan konsentrasi ion negatif yang tinggi, ditambah dengan persekitaran hutan cyprus... Let’s give this negative ion therapy a shot.

 Monterey Bay- terletak di kawasan tengah pantai timur California
Bertambah portfolio, hari ini Shafinaz dan Aziz menjadi ‘tourist guide’ kami.Walkie-talkienya menjadi lintasan langsung maklumat Monterey Bay serta tarikan pelancongan sekitarnya.Mengadap ke laut lepas Lautan Pasifik.


Hujan tidak menampakkan tanda-tanda akan reda dan kami kehujanan biarpun telah sampai ke destinasi.Suhu nyata dipengaruhi oleh hujan yang turun.Kami cuma bercadang membawa TGUH bersiar-siar berkereta.Bekalan yang dibawa(meehun, mi goreng,nasi lemak) tidak kesampaian untuk dikongsi bersama kerana hujan tak kunjung seriat.Bertukar plan asal, kami turun di fisherman Wharf untuk makan tengahari.Aziz setia menjadi tukang payung TGUH, walaupun diri  sendiri lencun.

Hujan masih belum reda...kuyupp..
Makan tengahari turut disertai Tn hj Amir Razelan dan keluarga.Tazkirah tengahari sebelum makanan tiba
TGUH: “Pastikan tiada beer di masukkan dalam ikan kita.....”
Chalteee....chalteeee....
Burung apa?....burung muraiii..... Burung apa???..... burung muraiii... Eh !!!! bukan...bukan...’seagull ....”


Sebaik suhu sejuk menyapa tubuh TGUH, sedikit demi sedikit dadanya ditimpa sakit.Seusai makan kami lekas-lekas ke kereta. Sakit dada makin ketara.Cuma kami agak pasti, kali ini bukan ‘angina’.

Ketika melewati ‘Lone Cypruss Tree’ dan 17Mile Drive , ke pebble Beach,sakit tidak bertambah, jua tidak mereda.Lalu kami berkeputusan untuk terus pulang....Straight back home ..!!!!!!!



Sesampai di apartment, Dr.Azlin mula menjalankan tugas.Sakit rupanya pada tulang rusuk yang patah dahulu.Tepat pada tempat duduk diamnya disitu.Walaupun ‘non-union’(patah tidak bercantum) terkadang sakitnya menyerang-seperti ditikam(tajam-sharp pain) tepat pada kawasan patah.Medibeads (batu pasiran teraputik)dihangatkan  dan kawasan terlibat dituam.Menzza, alhamdulillahh dalam simpanan.....Dr.Azlin merangkap tukang urut....mula beraksi...

Dr. Azlin (Balin):Ini bahagian yang patah dulu Ba...
“ Ya...disitu....Adeeeeehh.....sakit....”

Hampir sejam , sakit mula mereda...akhirnya TGUH terlena....kami baru menarik nafas lega...


Wacheda
Menlo Park
3.00a.m
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space