1/4/2012 - 10.50pm = post edited
"Dari meja direktor chepokpok : sorry post ni agak lambat (12 jam) di kemaskini sebab Tuan Tanah not feeling well.. kokde, i got the email..dekna kena review balek on banner thingy- will try and get it done a.s.a.p"
Wacheda perlu merakamkan ucapan terima kasih buat Mahat the hati pari serta yang lainnya kerana berjaya mengupas lenggok pola penyampaian yang cuba Wacheda ketengahkan. Persediaan minda amat penting tatkala penghadaman isu-isu utama dirasakan perlu( the state of mind preparation).Adakalnya, keseimbangan serta homeostasis perlu di beri nafas baru untuk tajuk-tajuk berat.Tahniah ......kerana berjaya menilai yang tersurat disebalik yang tersirat.Sebagaiman Al-Quran menjadi pemangkin kepada minda yang kritis,maka kita sentiasa mengharapkan setiap mukmin itu melihat setiap kejadian dengan mata hati berpandukan aqal dan iman.Harapan Wacheda, semoga kita tidak hanya mengumpul hikayat dan riwayat,tetapi menghayati makna sirah disebalik yang tersurat dan tersirat.
"Dari meja direktor chepokpok : sorry post ni agak lambat (12 jam) di kemaskini sebab Tuan Tanah not feeling well.. kokde, i got the email..dekna kena review balek on banner thingy- will try and get it done a.s.a.p"
Wacheda perlu merakamkan ucapan terima kasih buat Mahat the hati pari serta yang lainnya kerana berjaya mengupas lenggok pola penyampaian yang cuba Wacheda ketengahkan. Persediaan minda amat penting tatkala penghadaman isu-isu utama dirasakan perlu( the state of mind preparation).Adakalnya, keseimbangan serta homeostasis perlu di beri nafas baru untuk tajuk-tajuk berat.Tahniah ......kerana berjaya menilai yang tersurat disebalik yang tersirat.Sebagaiman Al-Quran menjadi pemangkin kepada minda yang kritis,maka kita sentiasa mengharapkan setiap mukmin itu melihat setiap kejadian dengan mata hati berpandukan aqal dan iman.Harapan Wacheda, semoga kita tidak hanya mengumpul hikayat dan riwayat,tetapi menghayati makna sirah disebalik yang tersurat dan tersirat.
Sepanjang hari di hospital bukan setakat melelahkan pesakit yang perlu melalui pelbagai ragam pemeriksaan malah dayang-dayang KTG turut ‘kepengsanan’.Kami memulai sessi di hospital seawal 8pagi.
1)Dimulai dengan pendaftaran di Unit surgikal,dan kami berpusing-pusing macam gasing-gasing pada hampir kesuluruhan kawasan hospital.Berpindah-pindah dari satu jabatan ke jabatan seterusnya melengkapkan senarai ‘Syarat-syarat wajib’ serta ‘syarat-syarat sah’ kemasukan ke Wad Surgikal.
2)Stesen kedua ialah pemeriksaan oleh Jururawat berdaftar(Registered Nurse)-Jabatan anaestetik (bius). Sekali lagi , pemeriksaan tanda vital, temuramah (interview) yang panjang lebar.
3)Beralih kepada sessi makmal.Pengambilan sampel darah, air kencing (urine).Kebiasaanya agak sukar mendapatkan sampel darah TGUH kerana urat darahnya yang halus mulus.Di IJN hanya seorang makcik (berbangsa Cina)yang biasanya berjaya mendapatkan sampel darah dengan tusukan jarum pada cubaan pertama. Jika dengan Lab Technician yang lain , pada cubaan ketiga itu biasa... Adeeeehhh....terkadang lebam-lebam habis kiri kanan lengan dibuatnya...dan juga pernah hingga 5 kali cubaan.Pernah suatu ketika, habis lencun basah baju Lab Technician dengan peluh jantan dan peluh merecik didahi ketika bersilat mendapatkan sampel darah TGUH.Pengalaman kami pagi tadi di Stanford Hospital—Alhamdulillahh...... selesai dengan cubaan tusukan jarum pertama yang tidak perlu digodek kiri dan kanan.
3)ECG-Ekokardiografi.- Pemeriksaan ritma jantung melaui pandangan sisi-sisi penting jantung.
4)Sessi penerangan(Teaching sessions) dengan Jururawat Penyelaras(Nurse coordinator).
Kami ditempatkan di sebuah bilik khas jauh dari hiruk pikuk kesibukan alam hospital. Suasana persekitaran sedemikian memungkinkan kami menyerap maklumat serta faham setiap butir arahan yang perlu melekat dengan kuat pada mana-mana bahagian sel otak agar dapat dilaksanakan dengan tepat.Sophia(jururawat terbabit) berbangsa Myanmar dan sudi melayan setiap pertanyaan kami dengan bersungguh-sungguh.Do's ant Don't dilampirkan dengan teratur.
Selepas pembedahan , biasanya pesakit akan ditempatkan di ICU selama 2-3 hari , kemudian dipindahkan ke intermediate ICU dan barulah ke wad biasa. Jumlah keseluruhan hospitalisasi 7-10 hari( 10 hari untuk kes komplikated)
5)Sessi pemeriksaan dan penerangan oleh Pembantu Pakar Pembedahan.
Pembedahan: On –pump CABG-(Coronary Artery Bypass Graft Surgery )
(CABG-disebut- ‘cabbage’ di sini-macam bunyi sayur pulak..)
Kali ini 2 graft (sambungan- atau 2pintasan diperlukan untuk memintas urat koronari yang tersumbat) - akan di ambil daripada ‘Left Internal Mamary Artery’ (urat darah bahagian dada) dan satu lagi daripada vena di bahagian kaki .TGUH telah kehilangan 3 urat darah sebelum ini 1) Urat darah tangan kanan - (Right radial vein) 2) Urat darah besar kaki kiri (Left Great Saphenous Vein) 3) Urat darah besar kaki kanan (Right Great Saphenous Vein)- pada 4 pembedahan jantung terdahulu.
![]() |
| (Kaedah venous stripping)-pengambilan urat darah tanpa perlu memotong keseluruhan sepanjang urat yang akan diambil. |
![]() |
| Kaedah pengambilan urat darah yang TGUH alami dahulu, parut masih kelihatan di sepanjang kaki kiri dan kanan termasuk sepanjang tangan kanan. |
Kaedah off-pump tidak mendapat restu pakar pembedahan kali ini kerana risiko serta memakan masa lebih lama.
Pembedahan akan melibatkan bukaan bahagian tengah dada’median sternotomy’( bukan melalui sisi seperti pembedahan pada 2001). Maka tulang sternum(tulang tengah dada) akan digergaji bagi membuka rongga dada hingga bahagian jantung kelihatan untuk proses ‘grafting’.
Sessi ini di kendalikan oleh Dr.Lee(half hong kong , half Indonesia).Sarat dengan informasi tetapi Wacheda tabik spring dengan pendekatan Dr Lee yang bersahaja serta berjaya mentransformasikan sessi ilmiah menjadi lebih santai dan menarik.Di antara gurauannya(mungkin kerana kami tampak letih keterlaluan) ada mesej penting yang cuba disampaikan.
![]() |
| Dr.Lee memeriksa TGUH |
6)” Vein Mapping”- Pemetaan salur darah vena
Selama 1 jam didalam bilik gelap yang menempatkan mesin Doppler Ultrasound. Prosedur melibatkan pengukuran setiap salur darah vena yang bakal dituai untuk pintasan jantung.
7)Echocardiography- Alhamdulillaahh- ½ jam sahaja
Tepat jam 5.30 pm barulah senarai ditangan kami selesai.....’syarat wajib’...dan ‘syarat sah..’...agar ‘tak kena dam’...
Tiba di apartment petang itu...semua lembik melepek macam kain buruk.....Rezeki kami lagi...malam ini kami dijemput oleh AJK Makan Shafinaz & Azizi.......Alhamdulillaaahhh. ....
Kiely Boulevard, Santa Clara, kediaman shafinaz tidak jauh dengan rumah Tn hj. Amir Razelan.
![]() |
| Kediaman AJK Makan Shafinaz dan suaminya Aziz |
Seorang koperat berjawatan tinggi di sebuah perkhidmatan swasta, Shafinaz merendah diri kononnya ‘tidak pandai memasak’.Malam ini beliau membuktikan yang beliau bukan sahaja mukminah profesional di bidangnya tetapi handal juga memasak.Suatu bidang yang menggabungkan skil,seni, kesabaran dan istiqamah....memasak..
The old saying goes....
‘The best way to a man’s heart is through his stomach”...and I couldn’t agree more.
![]() |
| Multi talented Shafinaz-handal di tempat kerja....handal di dapur..!!! |
Seharian tidak jumpa nasi walau sebutir pun kami tidak menoleh kiri kanan tatkala masak lemak Lobster dihidangkan di meja utama.... Mak Haiiii...’Lobster masak Lemak....’ menangis Mat Salleh tengok menu.
![]() |
| Haaaa??? Masak lomak Lobster?? Ini suda baguzzzz |
![]() |
| Jemput makan Lobster pulakkkk.. |
.Tilapia kukus-‘healthy style’ of cooking ,kata Shafinaz.Stir –fry udang bersama sayur-sayuran.... Dah mengaji sakan Shafinaz nih...bab2 memasak rupa-rupanya.Air barlinya yang masih berasap menghangatkan malam kami yang semakin dingin.Nasi bertambah tanpa disedari(separuh sedar atau diluar tahap kesedaran).Teh Tarik Power nya berjaya mengembalikan tenaga dalaman yang semakin menggelungsur sedikit demi sedikit hari ini.
![]() |
| Shafinaz- our host dan suaminya Aziz |
Tidak sedar masa berlalu, kami meninggalkan rumah Syafinaz lebih jam 11 malam.
Terima Kasih Shafinaz. & Aziz...Hanya Allah yang layak membalas jasa kalian berdua.
Sampai di apartment sudah agak lewat...memang lewat......tetapi Wacheda perlu menitip berita...ya...mesti....
Wacheda
2.00a.m
Palo Alto









