Friday, March 30, 2012

(13) D11 -Hari kesebelas SFO Mac 2012

Puas Wacheda belek posting sebelum ini... Mungkin ayat doktor memang lumrah sedia berbelit-belit jadi susah sikit untuk difahami...


Jadi...mari kita rungkaikan sedikit kekeliruan.(don wori be hepi...)


Esok Jumaat  30 Mac 2012 waktu San Francisco(maknanya bersamaan Sabtu 29 Mac 2012- Malaysia). TGUH perlu hadir untuk SAU (surgical Admission Unit)- suatu proses persediaan sebelum kemasukan ke wad pembedahan- prosedur meliputi- pengambilan darah,x-ray, review oleh pakar, review oleh jururawat bertugas, review oleh pakar bius.Sepanjang hari dari  subuh-subuh Sepiie ( 8 a.m jer) Inshaallah kami akan berada di hospital hingga menjelang petang.Jam 3pm pula temujanji untuk Echo.Malam barulah kami dibenarkan pulang ke apartment.
Maka tarikh untuk Pembedahan pula ialah 2 April 2012, Isnin(bersamaan dengan Selasa 3 april-waktu Malaysia).
Inshaallahh lebih jelas rasanya....;-)

Pagi tadi selepas sarapan TGUH melayari blog lagi. Haa??  54 komen...(ketika itu). Biasanya posting Wache’da TGUH tidak baca punn... tapi komentar Tuan-tuanlah yang akan ditekuninya.sudah menjadi suatu bentuk ‘ hiburan’  baginya melayari komentar tuan-tuan sekelian.


Ya.. Dekna..baba gelak dengan komen Dekna (Kang jatuh murka Tuan Tanah sebab tak sebut nama dia- susah pulak) dan juga Awe..dan juga....dan juga... Aduuhh... kalini banyak nak tulis...sebab banyak komen yang mendapat perhatian TGUH kebanyakkannya mencuit hati dan perasaannya. Ekuilibrium dan suasana komentar lebih girang dan gilang gemilang.Sesuatu yang wache’da pandang positif kerana ia menyegarkan kasih sayang dan membantu membenihkan ikatan ukhuwwah yang kukuh.Persaudaraan yang kuat mampu membentuk jalur kehidupan yang harmoni dan tenteram dalam masyarakat.Semoga ianya seutuh ikatan ukhuwwah para sahabat Rasulullah s.a.w.


Tajuk demi tajuk menjadi topik perbualan dan perkongsian kami anak beranak hari ini . Sehingga terpaksa meminta pertolongan Pak Cik Google bila soalan TGUH tidak dapat kami jawab dengan tepat lagi padat.Mungkin ada sahabat-sahabat yang boleh bantu.Wacheda drop Fizik ketika undergrad jadi....memang benak sikit bab Fizik.
Soalan 1) Dari mana datangnya kuasa untuk bumi berputar selaju 1000 batu/jam diatas paksinya tanpa henti dan pada kadar yang agak tetap 35km/saat.
Soalan 2)Jarak yang perlu dilalui oleh bumi ialah 93 juta batu untuk mengelilingi matahari dalam 365.24 hari dengan kelajuan 107,00km/jam.apakah yang menjana kuasa tersebut.
.
Banyak jawaban pakcik Google- Teori Newtonlah, Teori kutub , graviti...bla...bla... Mungkin ada profesor fizik disini yang sudi kongsi.


Banyak persoalan tentang internet, alam maya, penggodam akan disambut oleh Mimie.Again not my ‘bread and butter’....Ada kalanya TGUH dilihat  mencatat segalanya dalam buku nota ‘keramat’nya.


Malamnya kami menerima emel daripada Christiane Balouney..
Kos Angiogram sahaja USD 17,000....uiikkkss...
Echo sahaja: USD 5000
CABG(Coronary Artery Bypass Graft surgery)-USD 342,387 (RM 1,030,584.87)- tidak termasuk.......(This estimate is based on the average cost of an uncomplicated case. This estimate does not cover additional services, testing, prescriptions, emergency room visits, medical supplies.)-copy paste ayat depa.

Cuma hendak berkongsi angka.....Tidak perlu  risau...Inshaallahh..... Kami cuma mengharapkan doa semua..


Esok...laporan selepas SAU dan Echo.



Wacheda
Menlo Park
11.43pm
7 degree Celcius.

Bergambar di hadapan apartment - kediaman kami ketika ini.....tuuuu.......yang hujung sebelah kanan gambar, tingkat bawah..Alhamdulillah tak perlu kerabat tangga.

“ Kalau kita tanam kat Malaysia...hidup tak???”

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space