Tuesday, March 27, 2012

(10) D8 Hari kelapan SFO Mac 2012- Prosedur Angiogram

PUNCTUAL ....!!!
Ketepatan masa sentiasa sinonim dengan budaya kerja TGUH.Tanyalah sesiapa sahaja yang berurusan dengannya pasti tidak menyangkal fakta tersebut. Kami anak beranak sentiasa perlu bersedia lebih awal dari tempoh waktu yang diberikan kerana terkadang terbabas akibat cuai dan lalai.(Daripada kecut perut dan susah hati sepanjang hari- baik siap awal).
Temujanji untuk prosedur Angiogram dimaklumkan pada 10 am .Seperti biasa, kami sampai awal dan mendaftar awal.Tepat 9.45a.m nama  Mr. Din telah dipanggil memasuki Bilik Persediaan. Ganti baju OT dan ubat sedatif mula di beri. TGUH terpaksa di beri cairan intravena dahulu kerana mengalami sedikit dehidrasi(kurang air).Mungkin cuaca sejuk, maka respon ‘haus’ kurang. Tahap ‘creatinin’ dalam darah sedikit meningkat dan menunjukkan tanda-tanda dehidrasi yang tidak teruk.

Mendaftar untuk Angio

Getting ready for Angio

Menunggu giliran

Dalam bilik persediaan dan telah di beri sedatif

4jam dan masih menunggu

Kes sebelum TGUH yang ditangani Dr Alan juga mengalami sedikit komplikasi dan masaalah.Maka akhirnya TGUH terpaksa menunggu 4.5 jam di bilik persediaan, walaupun sedatif telah diberi. Akhirnya  tepat jam 2.34pm barulah tiba giliran TGUH.
Kami setia menanti di ruang menunggu Bilik Angio. 5.30pm tampak kelibat Dr. Alan Yeung dalam persalinan Otnya datang menemui kami.Kami diberi pencerahan, tentang apa yang berlaku dan sekali lagi menegaskan yang pembedahan adalah pilihan terbaik walaupun berisiko.Kali ini prosedur PCI (Percutaneous Coronary Intervention) atau Angioplasty tidak dapat membantu kerana sumbatan yang teruk dan ‘graft’ yang mengairi kawasan tersebut telah berusia lebih 11 tahun.Menjawab soalan sahabat-sahabat dalam web ahli ‘Complicated...’...memang ‘It’s complicated...’.Nanti diterangkan  ,ya....Walaupun baru 11.05pm waktu sini,tapi mata dah kelat dan otot dah longgar.I’ll explain later.

TGUH dipantau di Bilik Pemulihan (Recovery Room) dan dibenarkan pulang jam 7.45pm.Selepas angio kami dipesan oleh RN(registered nurse-lelaki berbangsa Lebanon-tetapi tak boleh bebicara Arab walau sepatah habuk)-1) No shower 24hrs 2)No metformn 3)Fluid 6 glasses –to keep hydration well, but not too much 4)no bending the leg, no squatting 5)No ligting heavy object more than 5lb 6) No driving 7) No sitting cross legging.
Sudah dibenarkan pulang

Esok , kami ada temujanji dengan Dr. Robert  Robbin untuk penentuan tarikh pembedahan..


Wacheda
Menlo Park
11.11pm Mon 26Mac 2012

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space