Monday, March 26, 2012

(9) D7 Hari ketujuh SFO Mac 2012-Jemputan daripada Tn Hj.Amir Razelan.

 Semalam , bumi Palo Alto basah kehujanan hingga larut malam. Pagi ini mula tampak sinar mentari menjenguk tatkala jam menunjukkan hampir 10 pagi.
Kami sekeluarga menerima jemputan makan tengahari daripada Tuan Hj Amir Razelan dan  isterinya Kak Nani (Nur Hanani). Alhamdulilllaahhh... dah lemau jugak duduk diam dalam apartment, asik-asik Safeway, asik-asik Safeway(supermarket) yang berdekatan yang dijenguknya.

  Jam 12.15 tgh kami sudah bersiap-siap untuk ke Santa Clara(kediaman Tuan Hj. Amir Razelan). Pilot import Najmi (Mimie) mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Sharon Green Apartment menuju ke destinasi. Berbekalkan Garmin yang dipinjamkan oleh saudara Faisal,kami meredah jalanan El Camino.Shafinaz siap berpesan ‘Under California Traffic Law- come rain or even slight drizzle-windshield wipers and headlight lamp must be on—It’s the law.’.

Perkarangan kediaman Tn Hj.Amir Razelan di Santa Clara



-Pokok oren yang galak berbuah di laman Tn Hj Amir Razelan berdekatan garajnya.(ayat paberet--Ladang Limaunyaaaa..


Tn Hj Amir dan saudara Faisal Lokman leka bersembang

  Bukan calang-calang tukang masak rupanya Kak Nani.Kami dijamu Nasi Beriani ala-ala Nasi Bukahara, siap dengan kari kambing bagai.Lauk pauk penuh semeja.Lebih meriah ,bila turut disertai oleh  Shafinaz(AJK Makan ) serta suaminya Aziz dan Saudara Faisal Lokman sekeluarga.Syukur Allah menghantar teman-teman yang telah kami anggap seperti saudara sendiri.Tidak sesunyi  yang disangka dan dapat merasakan kehangatan persaudaraan seperti di Malaysia.Solat jemaah bersama mengikat simpul kemas sebuah ukhuwwah fillah

Kita makann duluu..


Solat bersama

Solat jemaah pengukuh ukhuwwah

  Pada asalnya ,program hanya untuk makan tengahari sahaja, tetapi akhirnya kami berkampung terus hingga ke malam.Seusai  solat zohor berjamaa’ah ,AJK Makan telah berkira-kira untuk merancang program makan malam.Bila  diajukan soalan pada TGUH....terpacul dari mulutnya....”Kita makan ketam malam ni......”

      .Jika makan di restoran , tentulah harganya melambung tinggi , walaupun sekarang memang musim ’ crabbing’.Biasanya di restoran, harpa sepaun Ketam Dunganese ialah  USD 9.99. (sekilo sekitar  USD 22 iaitu RM 65 sekilogram  )Itupun ketam mentah yang belum masak.Maka Shafinaz aka AJK Makan mencadangkan kami mendapatkan sendiri Ketam Dunganese hidup-hidup di pengkalan ....dan ... “ OK.!!!..” kata Boss memberi restu.

    Seekor Ketam dunganese beratnya sekitar 700-900g.Biasanya diawal musim boleh mencecah hingga 1-1.5 kg.Musim ketam Dunganese bermula dari bulan November hingga April.Saiz cengerangnya saja mencecah 9 inci.( Mak haiii...)

  Pencarian kami membawa ke pengkalan di Half Moon Bay ,45 minit dari Santa Clara.Tempat yang dituju  ialah Pillar Point Harbor.Seronok melihat ketam yang masih menguit-nguit dalam takungan , kami berjalan di pelabuhan,TGUH dilihat menggunakan GTN spray.Disini, kami membeli terus dari nelayan yang menjual di bot masing-masing. Sepaun Cuma USD 6(sekilo gram =Rm 39.70)

Memilih Ketam dunganese di Pillar Point Harbor

ini Ok tak 
Riuh macam kenduri besar
Ketam dunganese- isinya padat lagi kenyal, manis toksah cerita.....

Separuh direbus dan yang lainnya dibakar di perkarangan kediaman Tn Hj Amir Razelan
.Riuh rendah malam itu.
”Lebih meriah dari  Aidil Fitri rasanya” ujar Aziz (suami Shafinaz) .


Kami pulang malam itu dengan perut yang sendat lagi padat....


    Terapi yang baik untuk TGUH( both physically and emotionally) sebelum meniti prosedur Angiogram ,esok...Jam 12 perlu mula berpuasa.Moga mendapat inayahNya dalam urusan esok, berkat doa semua.... Inshaallaahhh



Wacheda
Menlo Park
1.05 a.m
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space