Sunday, March 25, 2012

(8) D6- Hari keenam SFO Mac 2012

 Hujan renyai-renyai turun sedari awal pagi lagi (bahasa paberet kami - Subuh Sepi'ie) hingga ke lewat petang tanpa henti.Suhu turun mendadak,bercakap pun dah keluar asap.Tanda aras menunjukkan 7'C pada tengahari buta(7'C but feels like 5'C-seperti yang dimaklum oleh weather forecast).

    Pagi tadi TGUH melayari blog. "Kenapa bubuh gambar nih.....buat orang susah hati saja................."
 Aduuuhhh..... Teruk puan paparazi kena marah...(padan muka........;-)....jatuh murka TGUH.Gambar yang dimuatkan semalam sememangnya diambil secara 'candid' dan tanpa disedari TGUH.Sekiranya  diberitahu lebih awal yang gambarnya akan dirakam, sudah tentu TGUH akan memasang senyum lebar.
Memang kami maklum sikapnya yang tidak suka merungut apatah lagi meraih simpati terhadap apajua ranjau dalam hidupnya.Lebih gemar berkongsi nikmat yang telah dianugerahkan padanya serta merai ayat 'Wa amma bini'mati robbika fahaddith', surah Dhuha, ayat 11 

Dan terhadap ni'mat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).

Kalaupun ada kisah duka untuk dikongsi bersama perlu ada nilai tarbiah untuk menyemai 'mahmudah' atau mencapai 'makrifatullah..'

  Cuaca yang mendung lagi sendu sebegini memaksa kami melayan jetlag,tukang masak import menggantung periuk dan senduk untuk hari ini. Melayari laman web Zabihah( Portal Laman Web Untuk Makanan Halal) membawa kami ke Paradise Kabab. Terletak di Redwood City, perjalanan menaiki kereta mengambil masa 25minit sahaja.Restoran dimiliki oleh sepasang suami isteri Muslim berketurunan Iran.Masih mengingati kami walaupun kali terakhir kami mengunjunginya kira-kira 6 bulan lalu. Pesanan Barg dan koobide nyata kena dengan selera TGUH.

" Hantar gambar yang ini..." katanya dengan memberikan senyuman terbaik untuk semua ditanahnair.....;-)



wacheda, menlo park



 Hujan renyai sepanjang hari tanpa tanda akan reda

 Sejuukk..pinjam topi pilot Che'Mie

Suasana dalam Paradise Kabab Restaurant.

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space