Saturday, March 24, 2012

(7) D5 -Hari kelima SFO Mac 2012

Kami dijadualkan menemui Dr.Alan Yeung pada 10 a.m hari ini.Walaupun perjalanan ke hospital cuma mengambil masa 5minit,kami telah bersedia seawal jam 9 a.m.
Dr.Alan Yeung tersangkut didalam kesesakan kerana baru touchdown daripada Bangkok.Kami dimaklumkan yang TGUH adalah pesakit pertama dalam senarai menunggu dan diminta bersabar.

  Semasa menunggu giliran TGUH minta dbacakan komentar kalian...seskali bertanya Taufik...taufik mana?....... Taufik, Bertam, kami maklumkan..."Oooohhh...".TGUH tersengih dan ketawa hingga keluar air mata dengan komen Lan Belasah tentang jaket yang dipakainya.TGUH meminta saya menyampaikan salam kepada kalian sekalian yang telah sudi mengirim salam dan doa, sesekali menyeka airmata terhadap doa yang telah dipanjatkan terutama Doa Ustaz Ikmal dan yang lainnya.

 Alhamdulillah,  penantian kami tidak selama yang disangka..Dr.Alan Yeung..berkali-kali memohon maaf diatas kelewatan yang tidak disengajakan.Sessi pemeriksaan berjalan dengan panjang lebar dan teliti, tidak seperti selalu.

  Saat Dr.Alan memaklumkan yang TGUH dinasihatkan melalui pembedahan sekali lagi, kami seakan menjangka keputusannya.  Ini disebabkan keseluruhan prosedur sedari awalnya adalah seperti persediaan memasuki Dewan pembedahan.Setiap penerangan dan biji butir ayat DrAlan cuba kami hadam sebaiknya walaupun kepala kami bersarang seribu keresahan.

  TGUH diletakkan didalam senarai untuk angiogram semula pada Isnin ini(jam 9 a.m perlu berada di hospital.Angiogram pre-operatif untuk memastikan tiada sumbatan terbaru dan arteri(salur darah) yang perlu diambil sebagai 'graft' iaitu Internal Mamary Artery berkeadaan baik.
   Pada ketika ini 'pembedahan' seakan telah pasti ( Ya, Pojan.....pembedahan= belah dada open heart surgery, most probably Off -pump Surgery)

Walaubagaimanapun keputusan muktamad akan bergantung kepada Angiogram, Isnin ini serta perbincangan terakhir diantara Dr.Alan dan Mr. Robbin.
Bermula esok TGUH akan di berhentikan ubat plavik(pencair darah)serta ubat2 terlibat lainnya pada keesokan harinya.Jadual pembedahan masih belum dimaklumkan pada kami cuma ianya hanya boleh dijalankan selepas plavik diberhentikan selama 5 hari.

 Kami meninggalkan perkarangan hospital dengan perasaan bercampur-campur....  resah,gelisah dan tidak menentu.

Laporan seterusnya Inshaallah selepas Angiogram,melainkan ada apa2 perubahan sebelum tempoh tersebut.



Wacheda 2.05pm.Menlo Park

Wajah yang dapat dirakamkan sejurus keluar dari bilik Dr Alan

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space