Thursday, March 22, 2012

(6) D3 Hari ketiga di SFO Mac 2012

Semasa bersarapan pagi tadi 7.25 a.m, TGUH  berkongsi mimpinya semalam. Ceritanya , beliau dibawa menaiki helikopter merentasi sebuah kawasan.Jelas kelihatan lautan luas serta tanah dataran .Sesampai di suatu kawasan pergunungan, helikopter yang dipandu oleh seorang sahabat( salah seorang daripada anak muridnya yang veteran- rasanya dalam kumpulan  awal 1-5) tidak dapat mengemudi helikopter serta tidak dapat melepasi kawasan gunung –ganang yang yang terentang luas.Lantas TGUH terjaga..... Tidak pasti penafsirannya, kami berasa tidak sedap hati.....

Masih sempat berskype bersama anak cucu serta anak beranak yang ditinggalkan jauh di tanahair ketika bersarapan tadi

Seawal 12.20tgh kami telah sedia menunggu di ruang 'International Medical Services' untuk bertemu Christiane Ballouney (PR- IMS). Temujanji kami  pada 1tgh, dan kami tidak berhasrat untuk tiba lewat.Penantian kami berakhir apabila Prof. Mr.Robert Robbin muncul pada 1.15pm di ruang 'Cardiovascular clinic'.


klinik kardiovaskular



Ruang menunggu Klinik Kardiovaskular

Sekali imbas Mr.Robert Robbin persis seorang selebriti hollywood.Masih tegap dan cergas pada usianya,tentunya menjaga ketat pemakanannya serta beriadah dengan istiqamah.Tiada yang berubah semenjak 2001 cuma rambutnya yang kian memutih.Kami disapa mesra.
Perbincangan dan perbahasan kami berkisar dalam isu komplikasi,prognosis dan sustaintability..


Prof Mr. Robert Robbin

La hawla wala quwwata illa billahh...setelah kami menyampaikan hasrat kami yang bersetuju dengan pilihan pembedahan...tiba Mr.Robbin membuka cerita......beliau terlibat dengan suatu kecelakaan baru-baru ini,lantas menunjukkan pergelangan tangannya yang masih diampu 'cast',bahu kiri turut tercedera dan sedang menunggu untuk dibedah.....semunya tersembunyi dibawah baju luarnya.....Kalaupun perlu dibedah, memanglah kami berharap ianya di tangan Mr. Robbin memandangkan rekodnya yang cemerlang serta kedudukannyasebagai Ketua Pakar Bedah Kardiotorasik.Kami terkedu....

Walaupun beliau berjanji mencarikan pengganti yang sesuai, kami masih ragu-ragu....
 

Entreprem lagi


Bahagian salur darah yang tersumbat ialah cabang daripada LAD (Left anterior Descending) iaitu Diagonal Artery, stent yang dipasang pada 2001 untuk menyaluri kawasan tersebut juga telah tersumbat teruk.


Sedikit sugul selepas temujanji kali ini

Malamnya saya menghubungi Dato Dr. Amin- beliau masih merasakan pembedahan ialah jalan terbaik walaupun risikonya amat tinggi.
Temujanji seterusnya- lusa bersama Dr. Alan Yeung......


Wacheda ,Menlo Park, 1.35 a.m


 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space