Wednesday, March 21, 2012

(5) D2 ..Hari kedua di SFO Mac 2012

Semakin mendekati hari temujanji dengan Dr.Robert Robbin semakin berdebar-debar rasanya.Esok kami dijadualkan menemui Pakar Bedah Jantung ini pada tepat 1pm waktu SFO, bermakna jam 12 tgh lagi kami akan mula bersedia di hospital.Kami masing-masing cuma memerap di apartment, tidak kemana-mana , cuma sesekali keluar Safeway untuk mendapatkan barangan dapur.
Alhamdulilaaahh....seperti saranan rakan dan sahabat disini, kami menyewa kereta untuk memudahkan pergerakan. Ternyata ianya lebih kos efektif berbanding dengan kami berulang-alik dengan teksi. Jika dulu, sekali keluar dengan teksi sahaja seperjalanan untuk mendapatkan barangan halal menelan USD 130, bermakna pergi balik untuk barangan terssebut sahaja ialah USD 260.(Mahal teksi daripada barangan yang di beli)...sekarang ini, sewaan MPV Dodge Caravan 3.6 L vvti(7seater) cuma USD 43.33 sehari, dan telah kami uruskan untuk sewaan selama sebulan.Dulunya dari Best Western ke hospital sehala sahaja menelan USD 30, pergi balik USD 60.Kadang-kadang menapak jugak, tapi tak selalulaah....cuma jika TGUH lama di hospital, lebih mudah kami berkenderaan sendiri.Cuma 'pilot' yang kena ejas titik fokus kerana disini sistem pemanduan sebelah kiri.(Left Hand Drive).

TGUH seperti biasa... bacaan al-Qurannya akan terdengar sehingga ke bilik kami terutama pada waktu subuh..
Alhamdulillaaah...semenjak sampai, tiada serangan sakit dada yang teruk.....

Wacheda 
West Menlo Park
2.05am
Makan malam semalam... syawarma dajaj bil beidh(paberet TGUH), dan nasi goreng(untuk orang perut melayu).



Syawarma dajaj bil beidh.....'hantam sajala..'...rasa sedap ke tak..itu lain kira...

Bakar dalam oben


Nak cari kayu.....nak cari kayuu.....penin tengok roti....

Dah dua kali ....simpan stock sebelum masuk hospital

Pilot dan anak-anak kapal
Diminta posing oleh kami yang baru balik beli barangan....;-)
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space