Assalaaamualaikum wbt...
Dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmaanirrahiim serta mengharapkan keberkatan doa safar..’Subhanaallazi sakkhorolana haza wama kunna lahu..........’ kami mula meninggalkan Bangi ke KLIA pada 11.15pm 18 Mac 2012 serta memulakan kembara perjalanan kami.
Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan urusan di KLIA, perlu dirakamkan penghargaan pada Mak Seri (Puan Seri Hamidah), Dr Roshayati (aka Mek Ros),Hafizah serta sahabat-sahabat lainnya yang berusaha bersungguh –sungguh demi memastikan kebajikan TGUH terpelihara diawal perjalanan kami.
Saat berita ini saya bawa pada tuan-tuan kami baru selesai menunaikan solat subuh dan sedang bertransit di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai(line tenet masih bermasaalah-mungkin akan dihantar lewat sedikit).Penerbangan selama 7.30 jam dengan pesawat Boeing 777-300 telah meliputi jarak 5740km.KUL-DBX.
Alhamdulillah..sepanjang perjalanan TGUH mendapat kerehatan yang amat-amat dibutuhkannya kerana seharian melayan tetamu dan rakan taulan yang berkunjung bertali arus dirumah.Pada petangnya pula TGUH berkesempatan mengepalai Bacaan Doa Selamat serta tahlil di kediaman baru Hj Nasir(anak penakan) di Sepang .Pada fasa pertama perjalanan ini, sepanjang berada di dalam pesawat,tidak sekalipun TGUH perlu spray GTN ....Alhamdulillaaaahhh......(setiap seorang dari kami telah dibekalkan spray GTN- untuk saat-sat kecemasann).
Malam sebelumnya pula kami berkumpul adik beradik dan sahabat handai yang rapat untuk Majlis Tawdee’ serta Doa Selamat . Terima kasih buat yang telah hadir mengimarahkan majlis.Cuma majlis kecil untuk memanjatkan doa sebelum berpergian, harapan saya tiada yang berkecil hati jika tidak menerima jemputan kerana kekangan logistik dan masa.Sesungguhnya kami yakin doa kalian tetap bersama-sama kami.Jazaaaakumullaaahh...jua saya menyampaikan ucapan terima kasih TGUH pada orang perseorangan ,surau-surau, kelas-kelas kuliah dan Pusat Rawatan Darussyifa’ negeri (buat masa ini Darussyifa’ Perlis dan Perak telah menganjurkan majlis Solat Hajat dan Doa Selamat khas buat TGUH-makluman saya terima melaui laman web ahli) Tterima kasih juga kerana menyahut seruan TGUH untuk tidak berkumpul beramai-ramai di lapangan terbang....ianya banyak memudahkan urusan kami sekeluarga.
Sedikit ralat di Dubai kerana ‘buggy’ yang telah di tempah lebih awal serta diulang-ulang pesanannya masih bermasaalah, akhirnya kami terpaksa akur dengan kerusi roda sahaja- Alhamdulillah...asalkan TGUH selesa disepanjang perjalanan, kami tetap merasa bersyukur.Dalam pengalaman saya yang kecil dan sempit ini, terkadang masaalah kecil boleh diselesaikan dengan semudah sebuah senyuman yang ikhlas....Cuma jarang-jarang kita menjadikan amalan Sunnah ini suatu yang betul-betul sebati dengan budaya kita ,amnya kita umat Islam dan khususnya masyarakay Arab(ma’af saya menyebut dalam keterbatasan pengalaman saya yang kurang mengembara dan kurang ber interaksi dengan mereka)Maaashaaalllaahh......Bengis, muka masam yang kelat mencuka serta tiada ‘terima kasih’ telah sinonim dengan budaya masyarakat Arab(ma’af sekali lagi jika tersilap menelaah).
TGUH juga kelihatan menggunakan spray sekali ketika transit..........
Bahasa juga melambangkan bangsa....
‘Sometimes the mistakes made are not on what we have said,but on how we have said it. Thus good intention ends with bad result.........’(meminjam kata-kata...)
Mana-mana tamadun dunia runtuh dengan runtuhnya akhlak sesuatu kaum disamping masaalah tauhid yang mendasari soal pokok...tamaddun romawi, parsi ......dan mungkin dengan sebab itu Allah masih menangguhkan kejayaan sesebuah empayar- mungkin kerana akhlak yang bakal kita pertontonkan itu masih belum melambangkan Islam yang sejati.
Marilah kita membudayakan sunnah senyuman dalam amalan harian dan menjadikan akhlah mulia terpancar pada setiap pertuturan dan perbuatan kita.
الاسلام يعلو ولا يعلى عليه
“Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya”
Let’s start with the man in the mirror…
(Wacheda- Dubai 18 Mac 2012.6.15am (waktu Dubai)
 |
| Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai |
 |
| Sebaik tiba di terminal |
 |
| Alhamdulillahh- masih segar pada fasa 1 perjalanan |
 |
| Khas untuk adindaku tercinta Hana- air sickness bag.. |