Sunday, March 18, 2012

(1) EK 343 KL-Dubai-SFO

Assalamualaikum, seperti yang sudah kita sedia maklum, TGUH dan kontinjen2 sudah pun selamat berangkat ke San Francisco tepat jam 2 pagi tadi. Pada kali ini, kita tidak lagi mendapat berita "LIVE" dari SF. Segala update akan melalui Tuan Tanah dahulu ekoran beberapa insiden 're-posting tanpa credit' pada berita2 yang lepas.. jangan risau, saya akan berikan yang terbaik utk semua dan cuba utk memberikan laporan secepat yang mungkin.  Boleh jika hendak berkongsi setiap berita yang disampaikan disini, tetapi janganlah sehingga menimbulkan keraguan..

TGUH pada tahun ini ditemani oleh isteri tersayang, Ibunda  Khadijah serta ahli2 KTG : Dr.Huda, Dr.Azlin, Hj.Hamdi dan Hj.Najmi. Saya kongsikan disini gambar2 ketika di KLIA sebentar tadi.

Check-in luggage
Ubat pelepas rindu buat suami tercinta :)

Ruang VIP @ KLIA

Inilah Puan Sri Hamidah yang memberikan kami bilik VIP dan tidak jemu2 melayan dan membantu kami semua.

Ibunda tercinta yang senantiasa berada disisi TGUH




Alhamdulillah, perjalanan mereka dipermudahkan. Hanya Allah yang dpt membalas jasa hamba Allah yang telah meng-upgrade kan seat mereka semua ke BUSINESS CLASS


Senyuman TGUH yang tidak pernah hilang buat anda semua :)

Bersama Aqil a.k.a anak saudara TGUH a.k.a orang kanan yang paling setia, tak pernah mengeluh kepenatan. Jasamu terlalu besar dihati kami wahai Aqil

Barisan Kontinjen Tuan Guru a.k.a Geng kaki pukul a.k.a GENG LIGAN BABA .. Dari kiri : Hj.Najmi , Hj.Hamdi, Dr.Azlin, Dr.Huda

Pelukan erat oleh cucu2 TGUH sebelum TG masuk ke balai berlepas. Part ni memang sadis



Di atas buggy menuju ke balai berlepas gate C


Di dalam train

Gate C27.. "dah pesan kan jangan nangis oh Salwa?"



Berjumpa kenalan yang berkebetulan menaiki kapal yang sama

 
bak kata Tuan Tanah "SELESOOOOO alin nooooo"


Sama2 kita nantikan berita selanjutkan dari KTG yang bertugas.. Semoga mereka selamat transit di Dubai dan meneruskan perjalanan ke San Francisco dan semoga perjalanan mereka dipermudahkan lagi insyaAllah

Buat yang tertanya2 kenapa TGUH lagi sekali berangkat ke San Francisco atau lebih tepat ke Stanford Hospital, berita lebih lanjut ,tepat dan padat akan diberikan pada post2 yang akan dtg... Bawak2lah baca blog ni selalu ye..

-Dekna si Tuan Tanah-






 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space