‘Blessing in disguise’
Dengan takdir yang Allah tetapkan TGUH perlu
menjalani pembedahan disini, maka seluruh KTG termasuk Wacheda berkeadaan cuti
dari tugas rutin harian. Maka , Wacheda diberi kesempatan oleh Allah mengutus
berita buat tuan-tuan.Memang nawaitu asal blog ini sebagai penyambung utusan
membawa perkhabaran.Lagipun..memang hasrat TGUH..tidak mahu membiarkan
tuan-puan termangu-mangu. Jadi Wacheda akur....
Sekembali ke tanahair , bererti Wacheda akan
kembali komited dengan tugas dan tanggungjawab.Hiraki prioriti perlu Wacheda
imbangi.
Lagipun..Wacheda belum bersedia mendepani
Mehnah alam siber. ‘. Internet adalah alam yang manusia bebas melakukan apa
sahaja, dan ia diburukkan lagi oleh keupayaan manusia menyembunyikan identiti.’
Alam tanpa batasan....
‘Manusia akan mampu menjadi seangkuh-angkuh
peribadi, hanya kerana kejahatan lisan dan tangannya, dapat disembunyikan di
sebalik nickname dan ID ciptaannya sendiri. Cakaplah apa sahaja, celalah siapa
sahaja, kita tetap selamat kerana yang kelihatan hanyalah ID yang tidak
beridentiti.’ Subhaanallahh......Fitrah
wanita, sarat emosi.Memang mudah untuk menelah..”Alaaa...telan ajela..”(sprt
ada komen sblm ini) memberi ruang pada sesiapa meluahkan idea ..mungkin dari
akal atau mungkin terbitan mazmumah
sehingga lupa kualiti isi dan etika bahasa.
Bukan membenci IT..Cuma mengurangkan ruang
untuk disakiti...
Wacheda masih perlukan tarbiah dan perlu muhasabah dalam mujahadah.
Perlu diakui.. iman yang bertakhta
dihati...masih lemah dan goyah..
Masih mencari identiti..perlu membina hati dan mendidik diri....perlu
belajar dan menelusuri......tabahnya
Khadijah,tulusya Fatimah dan teguhnya Masyitah serta Sumayyah.Perlu hijrah.....
Maka tinta Wacheda akan berakhir..sebaik TGUH
pulang ke tanahair..
I am not good with words and I’ll concentrate
on things that I THINK I‘m good at.. ‘.I THINK...’
Writing and blogging are definitely not one of
them....
Cuma akhir-akhir ini...kebanyakan komentar
bersifat positif dan penuh jati diri...terima kasih pada kalian...kerana.....
Faham tujuan Wacheda menulis...serta pengorbanan yang perlu Wacheda rintis.
Temujanji datang lagiii..
| Dalam perjalanan ke hospital ...Sharon Park Drive |
| Kali ini berjalan semakin lajuuu.. |
| Kerusi roda cuma tontonan...tak naik punnn |
| Leka bersembang di ruang menunggu klinik sementara menunggu giliran .Jaket DS lagiiii........ |
| Owwhh...ada orang ambil gambar rupanyaaa....’smilee...’ |
Buat pengetahuan semua...berat badan TGUH
sebelum pembedahan ialah 74 kg.
Hari ini seteleh lebih sebulan pasca pembedahan berat TGUH menurun hingga
67.5kg...
6.5kg dalam sebulan....Ada bran ?????
Temujanji masih berjadual sehingga 8hb(siaran
ulangan...buat yang tak baca entri –entri sebelum ini dan masih menanya) dan
certification ‘fit to fly’ oleh kardiologis akan dibuat pada tarikh keramat
itu.
Ya..dan ya...dan masih ya..kami belum tahu
bila masanya..untuk terbang kembali.....
| Didalam bilik rawatan...sementara menunggu doktor tiba... |
| Tengok muka Mimie yang dah berkira-kira nak mengetuk pintu ,bagi Bandi berterabur bangun mencicit lari takot Dr datangg.... |
| Sekembali dari hospital- sambung riadah lagiiikk |
| Pusing-pusing sekitar kediaman pun boleh dapat 2-3km (sepusing kawasan Sharon green apartment 1.5km) 3 kali pusing kaloo.. |
| Bandi yang semakin ‘fit’ dan kurusssssss ...Adusssss |
| Learn your limit and listen to your body alarm.. |
| ‘You never know how strong you are until being strong is the only choice you have’ |
| Ok..target heart rate is acheived...time to take 5.. |
Malam..
| Bandi memasang anti-embolism
stocking..
Penting ,dalam usaha
mengurangkan sembab di kaki..
|
| Berpeluh-peluh ketiak pak imamm...ketat lagi panjang lagi sukar lagi susah..Adeeeehh.. boleh naik muscle kalo selalu-selalu bikinn.. |
| Pheewwwwhh...dah siap punn... |
| Apa ni Hamdi ????...... Terbalik nih !!!!! |
| Hik...hik......senaman yang bagussss....... |
| Ini baru betullll..... |
| Sekarang boleh sambung jalannn.. |
Wacheda
SG 157
Menlo Park
2.57 a.m


46 comments:
Assalamu'alaikum semua.
Tergenang2 airmata ini melihat wajah segar TGUH. Semoga segeralah pulih sepenuhnya dan dapat kembali semula ke tanahair menemui semua yang menanti dan merindui di sini.
Alhamdulillah dengan laporan yang diberikan...
"Fit to fly "cert.,,,,,,akan dikeluarkan 4 hari lagi. Insyallah...!! .....WCD ANGKA?
Wow... Abu Nasih tabik springgg tulisan wacheda terbaru penuh puitis dan mengguris. Kami akor dan faham maksud di hati. I suspek bukannn. I respek u lah... Baarokallahu ta'ala fiiki.
Terima kasih entry terbaharu yang kandungan umpama Ikan Siakap 3 Rasa.
Jazaakumullah
Gaya peulisan yng memberi sau hint..Kami dapat rasa misi kontijen kalin hampir sangat untuk selesai.
Buat wacheda,
Penulisan, laporan yang ada di blog ni, amat bermaanfaat bagi kali. Kami rase macam kami di sisi TGUH ketika setiap kali membaca setiap posting. Di sebab posting di blog ini, hubungan serta perkabaran TGUH dapat kami tahu. Semoga Allah beri keberkatan.
Insyaallah, segala yang di harapkan akan di perolehi dengan izin Allah.
Melalui blog ini, kami lebih mengenal keperibadian TGUH dan kami dapat kenal keluarga TGUH dengan lebih dekat. Puan kami anggap macam kakak kami. , Bandi, Dr Azlin, Mimi macam dan semua anak-ank TGUH kami rasa macam betul2 adik beradik kami.Allah...cantiknya hubungan ini.
Di Malaysia, mungkin tak kenal dan tak pernah jumpa, kalau jumpa pun secara tak sengaja. Tapi di dalam blog ini, kita umpama adik beradik sedarah sedaging. Mana taknya, kami macam dapat rasa bila air mata seluruh keluarga TGUH menitis, dan kami turut menitiskan airmata.
Kaami harap, seluruh keluarga TGUH akan sampai di tanah air dengan selamat. Kami semua menantikan kepulangan TGUH sekeluarga.
Puan anda tak keberatan, rakam mana2 tazkirah atau nasihat TGUH dan letak di blog ini. Rindu betul nak dengar kata nasihat dari TGUH . Andai tak menjadi masalah kepada TGUH dan keluarga.
Akhir kata, kami berterima kasih pada seluruh angggota keluarga tGUH , kerana menjaga TGUH kami dengan baik. Kami tak mampu nak balas. Sebab kami ini hamba Allah yang hina dan lemah. Jasa tuan/puan hanya Allah sahaja yang membalas.
Kirim salam kami pada TGUH, katakan padanya, kami DS Caw melaka amat merindui TGUH.
mrfeckry Ds Caw Melaka.
Bila tengok gambar pertama di atas, teringat satu adegan Mr Bean di klinik gigi. Jangan diikut... naya pesakit.
Dan rentetan gambar dan kisah di atas turut mencuit hati.
Semoga kesihatan TGUH makin bertambah baik dan dipermudahkan segala urusan...
Setuju!... Mr Bean la Bandi... kang semua rongak...!. Thehehe
Solat Jumaat sat, nanti komen lagi
Bilik siap!
Kereta siap!
Menu siap!
Bodyguard siap!
Tunggu KTG balik aje!
Telekung pun siap! (ops! Salah channel)
alhamdulillah....makin laju jalan TGHD kita....pasni bley la lari.....hehe...
semoga terus sihat hendaknya kami doakan dari Malaysia....amin...
SEMOGA ALLAH PERMUDAH SEGALA....
syukur.....syukur.....syukur....
Ya Allah.....Syukur Alhamdulillah....
LAGU SYUKUR - RAIHAN.... :)
Terima kasih dr huda ttg laporan berita terkini ttg TGUH yg kami kasihi...
Wacheda you are the best..terbaaekk. Yes,it is a... blessing in disguise.
To continue maybe Awe/ Dekna is good at. It shall be a good channel for all of us to communicate & get a live example of TGUH activities/ things for all anak2 murid to follow.. Sbb nak tanya depan2 suma kejutz perut..
Dari kami, terimaksih byk2 kpd KTG atas masa yg diluangkan, mencoret / mencatat di tengah mlm buta (esp Wcd). Terimakasih TGUH & bonda K Jah kerana sudi kisah ini dipaparkan di alam maya buat pengubat rindu kami / & kasih sayang kami pd Tuan Guru kami. Thank you Allah for all these..
Syukur.....Syukur alhamdulillah terima kasih pd Wacheda atas penulisan dan pekembangan semasa dgn niat penuh murni.Mudah2an TGUHD akan bertambah sihat.Pada saya melihat perkembangan TGUHD semakin sihat sudah cukup utk kita sama2 mensyukuri sebagai satu anugerah dr Illahi.Jgnlah meminta yg lbh.....mohon maaf.
Yey Yey .. Wacheda dah bagi hint.
Tak lama lagi TGUH dan keluarga akan pulang ke Malaysia!
Cuma ada kesayuan dalam sunabari seperti tahun lepas, bila Wacheda beritahu "sekembali ke tanah air, bererti Wacheda akan itu ini itu ini"..... Ayat inilah yang paling menusuk kalbu. Sudah semestinya kami amat bersyukur dan gembira menunggu & menyambut kepulangan Tuan Guru dan kalian, namun akan sunyilah blog yang amat bermakna kepada kami semua di mana ianya menyatu dan mengiratkan silaturrahim, terutamanya antara Tuan Guru dan kami anak-anak didik beliau yang sebelum ini ada diantara kami yang belum pernah bersua muka antara satu sama lain. Ada lagi yang paling penting, diharapkan di tahun hadapan dan sampai bila-bila, blog ini tidak akan lagi menceritakan tentang kisah rawatan TGUH di SFO. Kerana kami amat berharap dan terus berdoa semoga ALLAH SWT memberi kesembuhan yang berkekalan kepada TGUH yang amat kami kasihi. Please ALLAH..Thank you ALLAH!
Wacheda, ALLAH SWT telah mengaturkan segala-galanya sejak bermula perjalanan kalian ke SFO untuk pembedahan dan rawatan TGUH. Erm..blessing in disguise, ye Kak Mala yakin.
Wacheda telah menulis dengan begitu baik dan pandai memainkan emosi kami semua. Biaq pi la darling, apa orang nak kata kat you, nak kutuk you atau nak maki you. Wacheda, suami dan adik-beradik telah menjalankan tanggung-jawab sebagai anak-anak yang soleh dan solehah, serta melaksanakan tanggung-jawab dalam masyarakat dengan begitu baik. Kami amat menghargai budi-baik dan keprihatinan kalian terutama Wacheda! Keep it up, dear! You did it!!
Thank you WCD for your updates, all these while, for keeping all of us up to date on TGUH's developments. Semoga WCD & the rest of KTG members sentiasa sihat and TGUH makin cepat sembuh, insyaAllah.
Assalamualaikum TGUHD $ Keluarga..
Syukur alhamdulillah nampaknya gambar-gambar yang dipaparkan menunjukan TGUHD bertambah sihat dan ceria di samping keluarganya. Insyaallah Tuan Guru bersama keluarga akan selamat pulang ke Malaysia mengikut jadual yang dirancang serta sihat walafiat.... setelah kita renung dan amati dari tutur kata tulisan wacheda nampaknya kita sudah sampai ke penghujung.. Terima kasih kepada Wacheda dan keluarga Tuan Guru yang sudi memberi laporan kesihatan Tuan Guru setiap hari serta gambar istimewa untuk tatapan kami anak murid di sini... sekiranya ada tulisan kami yang tidak disenangi.. mohon ribuan ampun dan maaf.... Insyaalah sama-sama kita jumpa di Malaysia... nanti...
hj khalil
Alhamdulillah...Subhanallah..Tabarakallah
Terbalik ka stokingnya..hehe..adoiiii laaaa..
Semuga Cepat sembuh..amin Ya Robbal 'alamin
aslmkum....peeh!!Dr Huda...since u alls kat Sfc..dah berteraboq speking u..la...i respeks u punyer pronounsation n vocab u memang KONO botoiii!!!tu belom hj Hamdi menulis n mencelah,Hj Najmi bersilat...n last but not least Mama@Mngah Jah berleteaq in english lagi...!!!!jgn Kona-kona..whatever it is..TGUH@PakNgah terus menampakkan perubahan2 positive...Double respek sama bosss!!!!Doa dan harapan sentiasa diucapkan dan dipohon dlm setiap kali sujud dan zikir KepadaNya... Insyallah semuanya akan selamat dan kpd dr Huda...dalam menunggu dan menghitung detik2 itu..maka carilah keredhaan kepada Allah... insyallah ganjaran yg menanti...amat besar akan diperolehi..wassalam
SYUKUR ALHAMDULILLAHIROBBIL'ALAMIIN...
Terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Huda dan adik-beradik yang telah bertungkus-lumus menerbitkan blog yang penuh bermakna dan murni ini.
Kami mengalu-alukan kepulangan TGUH dan semua kontinjen dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Semoga ALLAH menyelesaikan semua masalah,memudahkan dan melancarkan segala urusan dengan jayanya. Semoga kita semua mendapat rahmat dan redha ALLAH di dunia dan akhirat.Ameen...Ameen...Allahumma Ameen.....
Assalamualaikum TG dan KTG.
Lama saya tidak bertanya khabar...modem kat rumah disambar kilat...
Hujan, guruh dan kilat sejak 3/4 hari di BBB dan sekitarnya sedikit "hebat", cuak dibuatnya.
Senyuman sentiasa terukir di bibir apabila menatap setiap post....Alhamdulillah...TG makin sihat...
Wacheda: kami pasti merindui tulisan dan titipan wacheda nanti...
Apakata, WCD nanti lepas balik mesia jgn stop tulih.? Blog ni kita aktifka terus. Amacam? Dah rasa makin syok plak komen dlm blog nih. Kalau tak kat blog ni pun kat lain2 la. Nampaknya WCD berbakat besar. Ke mana tumpah kuah...
Alhamdulillah.. semoga cepat sembuh TGUH. Kami di Malaysia menanti kepulanganmu..
Tq so much Wacheda....& KTG
atas kesudian utk berkongsi cerita & gambar2 menarik
utk tatapan kami.itu adalah suatu pengorbanan yg sgt kami
hargai.semoga TGUH semakin sihat & ceria di samping
keluarga tercinta.
Alhamdulillah..TG semakin bertenaga..
yg yg paling seronok tengok TG pakai sweater Darussyifa'. hehe..
hari ni tak dak cecekodok ke?
Syukurlah klu TGUH & KTG dah nak balik ke tanah air, home sweet home kan insyaallah kite berjumpa lagi.
Ada mat.....cekodok basi
MUAHAHAHA! ..
Bangun pagi tak gosok gigi...
...alhamdulillah...syukur dan gembira hati kami melihat Tuan Guru semakin ceria...kami terus medoakan kesejahteraan tuan-tuan di sana...jauh di mata, dekat di hati...amin..amin ya allah...permudahkan urusan mereka..
BOSS kat M'Sia kalau berjalan nanti jgn pakai balut putih tu macam robot..... tak handsome dan macho nampaknya.... Walaubagaimana pun kami Geng Kopdsyifa amat ceria melihat kesihatan TGUH semakin baik.....
Pada wacheda... sedikit pandangan dari saya....selagi kita dinamakan manusia selagi itu kita mempunyai banyak kekurangan dan kelebihan masing2... yang penting nya kita boleh menerima nasihat, pandangan dan buah fikiran orang lain untuk dijadikan sempadan dimasa akan datang disamping kita juga tak lokek memberi nasihat, buah fikiran dan pandangan pada orang lain... Maaf kalau tersilap komen
Salam utk TGUH dan KTG semua. Nampaknya tak lama lg akan berakhirlah kemesraan dlm berbloging. Pada hakikatnya berbloging dgn bersama TGUH dan geng KTG ni lebih terasa hampir dan dekat di hati berbanding di alam realiti. Kenapa? Kerana di alam realiti sy amat2 takut, segan, gerun, kecut perut, ketar lutut, hormat dan yg sewaktu-waktu dgnnya apabila jumpa berhadap dgn TGUH dan KTG. Honestly speaking sy hanya duk jauh2 je, melihat dr jauh dan tak berani dtg dekat. Walaubagaimanapun pun sy sgt2 bersyukur dpt mngenali TGUH dan KTG semesra dan serapat ini. Alhamdulillah.
tq to wacheda & kontingen KTG yg lain yg tak pernah putus-putus jemu mengirim gambar terbaik....dan berita yg pada kiraan saya jenuh gak la wacheda nak karang kan ......supaya mesej sampai pada semua kita di sini....
SEMOGA ALLAH MERAHMATI KTG SEKLUARGA....DAH SEMOGA TGHD diberi kesihatan terbaik....aminn
Mimie oii..
Mustang GT?...ke MUSANG GT?...hohoho...tak kira la...janji balik ada souvenir...huhuhuhuh
Alhmdllh....mudahan cpt fly kembali.....semua sdg mennti kplngn tguh.....komen2 negatif tu buat tak tau sudh.....hidup dr washeda......blk kita pi mengail kerap sikit.....hilg serabut.....
Assalamualaikum kepada Tuan Guru yang dikasihi dan seluruh warga keluarga Tuan Guru.
Alhamdulillah, ana bersyukur melihat Tuan Guru semakin pulih dan semakin bersemangat. Muka juga semakin ceria dan lebih berseri-seri (tidak pernah ana lihat muka Tuan Guru yang hilang seri)
Melihat entry kali ini, hati ana cukup sayu, sebak bercampur gembira. Sayu melihat Tuan Guru menggagahkan diri dalam mengharungi semua ini. Sebak melihat betapa kuatnya Tuan Guru berusaha demi agama Islam, keluarganya dan ummah yang memerlukannya. Gembira apabila semua perkara ini dapat dikongsi. Namun satu perasaan sedih apabila terdapat bibit-bibit yang mungkin menjadikan kami terputus hubungan dengan Dr. Huda aka Kak Huda tidak lama lagi.
Jujur ana rasakan bahawa hanya melalui blog ini, ana dapat merasakan seperti berada di dalam keluarga Tuan Guru (nak sama memang tidak boleh, kerana kami di sini hanya berkongsi sedikit sangat dari apa yang telah dilalui oleh keseluruhan keluarganya). Inilah kekuatan ukkhuwah yang dianjurkan Islam. Terasa bagaikan Kak Huda seperti kakak sendiri apabila dapat berbicara walaupun di alam maya.
Kirimkan 'Assalamualaikum' ana kepada Tuan Guru yang dikasihi serta seluruh ahli keluarga. InshaAllah, mohon Tuan Guru doakan agar zuriat ana akan menjadi seorang ulama', sekurang-kurangnya seperti Tuan Guru. Air mata bergenang kerana merindukan Tuan Guru. Doa ana sentiasa untuk Tuan Guru dan seluruh ahli keluarga
JAFNI JOHARI JIKEN
DARUSSYIFA KUMPULAN 24.
semoga TGUH semakin sihat....pulang ke malaysia dengan selamat...amin ya rabb...
Yea Mat Dol, rumah ko jauh sangat, takleh dapat souvenir....
tabik kembali tuan guru
haik. semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.
kami semua akan menunggu dgn penuh sabar jua iringan doa yg x putus moga baba di beri kesembuhan sepenuhnya ,agar dpt kembali dgn segera ...x sabar nak berhimpun di bilik baba mendengar celoteh2 dr baba, mama n semua ktg....stat entry beberapa minggu yg lalu x banyak yg bole komen kerana setiap kali cuba nak komen air mata dulu yg mengiringi gembira sedih semua bercampur baur...apa pun Alhamdulillah...kali ni budak2 semua ok...xde yg sedih2 mcm dulu...mungkin semua dh makin besar dn semakin memahami.InsyaAllah moga kita di beri kesempatan utk bertemu kembali...salam rindu utk semua di sana especially utk mama ..jaga diri baik2...rehat yg cukup n minum air banyak2 takut blk sini nnti jadi seriawan...utk wcd ,walin n mimi words are powerless to express my gratitude...thanks a ton...thanks 4 everything...n las but not least to my cinta...mr.hamdi,no words can describe how much i miss u.....:-)
Me too Bandi......
alhamdulillah....syukur Ya Allah...Pak Lang semakin sihat....moga Allah terus memelihara kesihatan Pak Lang dan sekeluarga....
salam dari SP..
makcikyah n co
Alhamdulillah... adusss kok de... so far setiap bait kata mengkagumkan saya sebab... amat menghiburkan jika berita itu gumbira.... mensuspenkan sekiranya berita itu suspen.. dan air mata sering tumpah setiap kali berita amat mengharukan. kalau tulis novel... anda ada daya oenarik tersendiri dari segi gaya bahasamu. (ikhlas ni tau).
btw, didoakan semoga KTG dan TGUH selamat kembali ke tanah air dengan sejahtera. doa senantiasa mengiringi kalian. insyaAllah.
Abd Malek n suria
Alhamdulillah,moga terus diberikan kesembuhan yang sempurna utk tuan guru.
Dr huda tulis novel cinta islamik macam mana boleh kenal dgn dr azlin dulu.pasti meletup,hehe...
zamri,dimasyq
Aameen..semuga segala komen berupa kata kata dan doa-doa yg baik-baik utk KTG dan TG diperkenakan Allah..semuga semua selamat kembali ke tanah air.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الله أكبر ولله الحمد حمدا يخفف ما ينقض الظهر ويسيّر العسر بالتيسير فتبارك الله المسيّر الميسّر لا إله إلا الله وحده لا شريك له والصلاة والسلام على من لا نبي بعده... وقد فرحنا باستماع صوت مولانا الشيخ ولا نقدر على التعبير عن آيات الفرح إلا بحمد الله والله أكبر... والسلام عليكم ورحمة الله
:)
Post a Comment