Sunday, September 25, 2011

Salam dari BWR, Menlo Park

Assaalaaamualaikum w.b.t

Sebagai menutup tirai perkongsian wacheda pada kali ini....izinkan wacheda menitip rasa..
 
andai jejak membekas bara
jika langkah membawa lara
jika tingkah menoreh luka
andai kata merangkai dusta
andai suara menikam rasa
tiada andai dan tiada jika
hanya ampun maaf wacheda pinta ........

Dengan penuh takzim , wacheda menyerah tugas kembali kepada Tuan Tanah....
Ampun maaf, di Malaysia wacheda akan kembali sibuk bertugas serta bebanan tanggungjawab DO(dapur officer) yang tidak memungkinkan untuk seramah ini di alam maya.

Inshaalaah jadual penerbangan ialah esok Ahad, dan dijangka tiba pada Selasa.Wacheda harap kita hormati permintaan TGUH untuk tidak  menyambutnya di KLIA serta kita sabar menunngu hingga TGUH kembali sihat untuk majlis kesyukuran dsb.Segala kemaskini program akan dimaklum dalam laman web ahli darussyifa'.Doa kalian amat kami harapkan , agar semuanya berjalan dengan lancar dan kembali ke tanahair dengan selamat.

Terima Kasih yang tak terhingga pada semua yang sudi mewarnai blog ini dengan komentar-komentar yang menghiburkan serta menenangkan hati TGUH.Jazaaaakumullaahu khairal jazaaa'.....

Sekian...Ma'af zahir batin....
Wassalaaammm....

wcd-Menlo Park.BWR

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space