Tuesday, September 20, 2011

Suara Lantang Cik Moderator a.k.a Dekna

Assalamualaikum...

Dah lama  sebenarnya dekna nak menulis.. Bukan dgn niat nak tujukan pada sesiapa... cuma pada segelintir yang masih memerlukan peringatan berulang kali... rasanya dah sampai masa utk dekna beritahu from my point of view..ya, mmg blog ini dibuka utk org ramai mengikuti perkembangan baba di SF..dan ya, mmg takda kena mengena kalau dekna nak meluah isi hati di sini... tapi, kalo sapa2 yg mengenali dekna.. dekna boleh kata begini "eh blog ni dekna yg buat..nak tanak kene juga baca kan?".. hehe..  pada yang belum sempat kenal, dekna mohon maaf mungkin ayat2 dekna agak kasar..dah mmg mcm gini.. nak buat gena kan.. kalau tak berkeras sedikit.. mungkin perkara lama akan berulang....

Dekna mulakan sedikit salah silah blog ini... Asalnya, mmg dekna berniat sepenuhnya utk memberi berita terus dari SF untuk adik beradik di bangi dan saudara mara pak cik mak cik yang lain.. tapi tak sangka, news spread for itself... Alhamdulillah... terlalu ramai yang menjadi pengunjung setia.. jadi kami dgn sebulat suara war2 kan pada org ramai... 

Ada masanya kita bergurau... betul... dan dekna mmg 90% dalam hidup keje nak bergurau je.. tapi dekna masih berpegang dgn 10% serious jika ia dilihat memudaratkan... dan tukar ke 100% serious jika ia melibatkan baba... 

Kami adik beradik sudah lama faham bahawa baba adalah milik masyarakat.. Kami redha dan sokong 100% perjuangan baba.. sebab itu kami sentiasa ada disisi jika baba memerlukan/tak sihat... kami tidak pernah halang/marah jika baba tidak sihat atas sebab baba kurang berehat atas tuntutan org ramai..

Dekna mohon... dgn merayu agar kali ini, kepulangan baba biarlah kita menyatakan sokongan kita dgn memberinya ruang (seperti yang kakwe maklumkan).. ketahuilah wahai rakan seperjuangan sekalian, di kala semua sedang menarik nafas lega dgn berita baba sudah semakin sembuh dan akan berangkat pulang ke KL tak lama lagi.... kami masih lagi tersekat nafas memikirkan apa yg bakal berlaku kelak... terlalu perit nak diungkap kan.. terlalu seksa jiwa ini melihat kadang2 ada lagi insan yang tidak mengendahkan kesihatan baba..

setidak2 pun...kasihanilah mama... insan yang terlalu banyak jasanya, berjaga siang malam.. kami faham tuntutan yang wajib di tunaikannya.. kami sebenarnya mendengar rintihan hatinya yang tidak terluah dek kata2...berjaga malam... siang pula perlu melayan tetamu yang tidak putus2...keletihan yang jelas terpancar di wajahnya membuatkan kami rasa sedih kerana tidak dpt meringankan bebannya..

Jangan ambil hati... Jangan bersedih hati... bukan lah dekna menghalang niat kalian utk berjumpa dan berguru dgn baba... tidak sama sekali... Dekna tau ramai anak2 murid baba yang resah gelisah dan buntu selagi tidak mencium tgn baba dan melihat dgn mata kepalanya sendiri...kami, anak2 pun rasa yang sama... kami, anak2 rasa lebih lagi.. lebih gelisah.. lebih resah...

Dekna tak kisah jika org nak mengutuk tindakan dekna ini.. Dekna tak peduli jika org mengecam tulisan dekna ini... Apa yg dekna tau, sekali sekala, anak bongsu ini perlu bangkit dan menyatakan kekerasan... mungkin perasaan yang tak dpt diluahkan kakak2 dan abg2.. dekna bangkit dan berdiri menerima tanggungjawab itu sepenuh nya...

Tidak ada apa yg perlu dikhuatirkan... Kami tidak perlu menyebut, baba sendiri yg akan buka mulut teringin nak berjumpa dgn saudara mara ,anak2 murid dan rakan2nya yang lain... Kami, anak2 akan pastikan segalanya berjalan dgn lancar... Bukan TIDAK BOLEH LANGSUNG.... cuma sedikit ruang diberikan kpd baba,mama dan kami... 

Sekali lagi, ampun maaf dipinta.... kami telah cuba dan masih lagi mencuba utk berikan yang terbaik pada anda semua....

utk peng-komen2 yang setia - Pojan,alang,pakngah n co, makcikyah, maknjang,maksungi,abg nasir n k zeti, abg kamal, mahadi, rahimi,jamal din, normala sam dan ramai lagi..... hanya terima kasih yang mampu kami ucapkan kerana menjadi penghibur setia baba di sana dan juga kami di sini.. terima kasih juga atas doa kalian yang tak putus2...especially to mahadi.. anda mmg wajib ditabalkan sebagai ketua presiden pelawak semalaysia.. kami tidak pernah TAK gelak dgn nukilan anda... syabas!

ingat, post ni bukan nak tuju kat sapa2.. sekadar luahan yang dah lama terpendam.. 

-dekna-
-bangi


Laporan Penuh Temujanji

Salam semua....

Sessi yang panjang bersama Dr.Alan...........Puji dan syukur hanya pada Allah,Tuhan yang mentadbir sekalian alam......Dengan berkat rahmah dan inayahnya prosedur kali ini Alhamdulillahh berjaya.Setelah pemeriksaan selesai Dr.Alan berpuashati dengan 'outcome' stent kali in.Bagaimanapun, setelah berbincang dengan panjang lebar dengan Dr.Robert Robbin(cardiac surgeon),memandangkan salur darah yang tersumbat langsung itu telah berkeadaan demikian untuk satu jangkamasa yang tidak dapat dipastikan, maka bahagian yang paling hujung(ceruk) tidak dapat di buka sepenuhnya....Berkali-kali Dr.Alan menegaskan yang TGUH perlu menurunkan kadar aktiviti selama ini kurang 25% daripada kadar biasa serta riadah secara istiqamah,sebolehnya mereka mengelak untuk melalui mimpi ngeri 'by pass' kerana kali ke lima biasanya lebih dari sekadar 'mencabar'...(istilah yang diguna oleh Dr Alan-nightmare.....! ) Aktiviti yang berterusan lagi menyesakkan tanpa ada selang waktu rehat antaranya tidak digalakkan, kerana akan menyumbang kepada episod yang lebih teruk.

Rupa-rupanya riadah kami yang diselang-seli dengan gelak tawa itu, terselit episod 'sesak dada' yang tidak diungkap dengan kata-kata oleh TG. Dr.Alan menegaskan pasti ada episod serupa , cuma pada kadar yang kurang berbanding sebelum 'stent' kerana masih ada salur darah halus-halus yang sukar dijangkaui.(maka gambar wacheda tempohari-bukan Ahmad Nordin....;-)),dan wacheda tak minta pun TGUH beraksi sedemikian)-simply an act of paparazzi...;-)

Dr.Alan memberi tempoh 6 bulan untuk betul2 menguji keberkesanan  stent,Beliau akan ke Malaysia diantara Mei-July 2012 ,dan akan memeriksa TGHD sekali lagi di Malaysia !!! Sekiranya keadaan semakin mendesak, ketika itu beliau akan mencadangkan 'by pass'

Berkenaan tragedi bilik air semalam...Dr.Alan menegaskan, ia berkenaan fungsi jantungnya dan bukan tergelincir dsb.Beliau menasihatkan TGUH menjalani pemeriksaan 'holter'-24 hr heart monitoring...cuma...TGUH berkenan mendapatkan 'holter' di IJN sahaja......(TGUH dah tak sabar nak balik MESIA).....

Sebaik keluar dari bilik Dr.Alan....perkara pertama yang keluar dari mulutnya.....'Hamdi....malam ni ada tiket ke Malaysia??"....Kami kelam kelibut online.Barang2 pun masih berterabuuur di bilik....hantam sajalaaa.....cuma untuk pesanan halal food perlu ditempah 3 hari lebih awal....dan bergantung kepada kekosongan seat yang membolehkan 6 penumpang sekaligus.......Inshaallahh akan cuba memenuhi harapan TGUH untuk pulang secepat mungkin.....Inshaallahh...Inshaallah.....cuma kalau wacheda boleh cadangkan.....kita tak perlu tunggu di KLIA....perjalanan nan jauh agak memenatkan TGUH kita......nanti wacheda aturkan sessi 'Tautan Kasih' yang lain bersama Mandy dan steak haaa.......(ehemm...ehemm ..apak Tuan Pengerusi..'wink'.).......


wcd ,Palo Alto 

Menunggu DrAlan

Menjengah keluar tingkap.....cuaca cerah,tanpa awan mendung harini....:-)

Appt Dr.Alan

Alhamdulilaahh....laporan menyusul.....

Temujanji

Sedang menunggu temujanji Dr.Alan.....dengan muka yang membengkak,batang hidung yang lebam dan parut luka diantara dua pelipis mata...

Maaaasyaaallaaaahh........apa?? bilik airr???

Salam...

Jadual rutin kami untuk fisioterapi jogging harini terpaksa ditunda...Ke bilik TGUH pagi tadi jam 6.30 untuk sediakan sarapan...
.Asstaghfirullaahul  al'......alazeemm...Maasyaallaa ...Kami dikhabarkan oleh Mama Kak Jah.....TGUH terjatuh dalam bilik air jam 4.30am waktu kami.Terkilan kami tak dimaklum lebih awal,sedangkan seawal jam 4.00am, wacheda dah terang benderang, wa leyn pun 4.30am dah tahajut.Memang TGUH,sedaya upaya tidak mahu menyusahkan orang, Mama Kak jah dah berkali-kali meminta izin melaporkan pada kami tetapi ditegah TGUH.Sehinggalah kami tiba jam 6.30a.m dibiliknya.

Menurutnya ,beliau 'blackout' ketika berada dalam tandas,sedar-sedar telah jatuh terjelepuk di ceruk tandas.Mama Kak Jah yang berada dalam bilik bergegas mendapatkan TGUH dalam bilik air ketika mendengar dentuman kuat datangnya dari arah bilik air.Kejadian berlaku 4.30a.m(waktu kami)baru selepas sejam TGUH terlelap.

Selepas mendapatkan TGUH,Mama Kak Jah mendapati darah berlumuran pada hidung nya yang telah mula membengkak,lagipun selepas prosedur stent TGUH memang dibekalkan dengan ubat cair darah.Maka darah agak sukar berhenti.Siku kirinya juga lebam-lebam, mungkin terkena sisi 'bath tub'.Setiap inci urat sarafnya kesakitan.Mujur ada bam panas..dapat juga melegakan kerengsaan otot ,disamping ubat yang dibekalkan Wa Leyn.Mata sebelah kirinya juga membengkak.Alhammdulillahh...TGUH dalam peliharaan Allah....tiada tulang yang patah,cuma lebam-lebam dan berdarah sedikit sahaja.Kami percaya ...berkat doa semua...TGUH sentiasa dalam peliharaannyaa....Terima Kasih semua.....

Gambar
1) Darah yang menitki-nitik pada tuala bilik air
2)Siku kiri yang lebam dan sakit(maaf kamera henpon tak canggih-nantilah chek belajag DSLR....baruuuuu tauuu.....)
3)Tak merunguut...tapi wajahnya jelas menahan kesakitan
4)Mata kanan yang lebbaammm....eh silappp...mata kiri yang lebbammmm....

Bukan niat nak menambahkan keresahan hati orang-orang kampung yang kami sedia maklum telah resah-seresah resahnya....cuma sekadar ingin berkongsi rasa........

wcd

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space