Wednesday, September 14, 2011

The day(7)

No 200103-kod Tguh-kaler kuning-(yang bersih-)-masih di pre-procedure area...

The day(6)Case tracking key

The day(5)

Ruang menunggu....masing-masing membisu seribu bahasa......dan sehingga saat berita ini dihantar,kami masih menunggu dengan sejuta harapan serta doa yang tidak putus-putus...

The day(4)

Nama ...Mr.Din....telah dipanggil utk salin pakaian OT......cuba tengok betul-betul......jaket Darussyifa'....bangga....bangga....

The day(3)

Kena pakai gelang tangan-tanda nama untuk prosedur

The day (2)

Sebelum jam 8,kami sudah selesai urusan pendaftaran.....harap2nya dapat no wahid

The day

Seawal 7.00 pagi kami telah bersiap sedia di lobi hotel Aria(yang ancient),menunggu teksi....moga dipermudahkannyaa...

Appointment Day(Part6)

1)Menunggu teksi untuk balik

2) Kasi can Dr.Azlin posing depan entrance hospital.

3)Balik sok nak kursus DSLR dengan Ustz Hamdan Muda dan sahabat2 seperguruan yang lainnyaaa...


Oooppsss...dah 2.10am waktu sini...satgi dah nak subuh...Wasaalaaammmmm


wcd

Appointment Day(part5)

Dr.Allan Yeung agak lewat dari jadual-terperangkap dalam mesyuarat yang terlebih waktu.Mrs.Christian Ballouney meminta ma'af berulang-ulang kali dan menemani sepanjang penantian.Dr.Allan dilahirkan di Singapura tetapi telah lama menetap dan menjadi warga US,dan masih ramai saudara maranya di Hong Kong,disamping mempunyai beberapa rumah disana....bayangkan konsultasinya saja pada sesi rawatan lepas mencecah 7,000rm,itu belum termasuk prosedur-prosedur lain. Keseluruhan kos untuk stenting dll pada tahun lepas mencecah rm 300,000(ie 100,00 usd)...dan pada 11tahun lepas kos untuk off pump surgery ialah rm500,000, ...itu ialah 11 tahun lepas ...tahun ini..??yang pastinya bukan rm 500.000 lagi...memang setiap sesuatu yang tinggi nilainya disertai dengan harga yang tersendiri...

Setelah pemeriksaan dan berbincang panjang lebar dengan Dr.Allan serta mengambil kira semua hal, maka Baba akan dijadualkan untuk prosedur 'ballon' dahulu esok, walaupun 'stenting' lebih baik dari segi efikasi dan jangka hayat patencynya(kebolehan membuka ruang salur darah). Ini memandangkan bahagian salur darah yang sempit memilih untuk duduk nuuuun jauh,dan salur darah untuk merapati daerah yang sempit tersebut amatlah bengkang-bengkoknya.(lebih bengkang-bengkok daripada jalan bukit tangga ke Jelebu atau bukit putus ke Kuala Pilah pada zaman Tok Nadoq dahulukala). Ini jualah kebimbangan yang disuarakan Dato'Amin(cardiologist IJN) ketika membahaskan kes TGUH pada sesi perbincangan dengannya tempohari.Walaupun 'by-pass' surgeri nampaknya lebih mudah dari segi teknikal,untuk menyelesaikan masaalah penyempitan tersebut, tetapi Dr.Allan tidak sanggup kerana risikonya teramat tinggi, memandanghan TGUH telah melalui 4 pembedahan major dan proses kesembuhan tidak semudah yang dijangka.Lagipun masih berbaki beberapa tulang rangka TGUH yanh tidak bercantum sepenuhnya(ketara pada x-Ray)-mungkin dari pembedahan lepas, jua mungkin ketika episod jatuh bot ketika memancing bersama sahabat2 di Darussyifa......Maaaasyaaaalaaahhh......

Malam ini TGUH mula berpuasa,8pagi(waktu kami)  esok perlu sedia tercegat depan pintu hospital.Kami amat mengharapkan doa dipanjatkan dari semua disana......Robbi Yasser...wala tuasserr..

Gambar 1)Mengisi borang -apa yang patut..
Gambar 2) Dr Allan Yeung-orangnya kecil molek,humble and down to earth,soft spoken,warm personality......sesuai dengan namannya....young----walaupun ejanya Yeung....memang awet muda.
Gambar3)-Setiap waktu terluang..bibirnya basah dengan zikrullaahhh..



wcd

Appointment Day(part4)

TGUH dalam bilik menunggu-cuba cari garis luka pada senyumnya....walaupun ketika dugaan sakit melanda, TGUH tidak pernah merungut, apalagi mempamerkan gundah gulananya pada riak wajah,kami terkesima dengan semangatnya...

Appointment Day (part3)

1)Ruang  legar menunggu awam

2)Mama yang tidak jemu-jemu menemani TGUH pada setiap saat dan ketika...."for sickness n for health....'

Appointment Day(part2)

Masih bersisa 2 jam lagi sebelum giliran kami tiba waktunya....sementara menunggu kami disapa oleh Mrs.Christian Ballouney yang kebetulan lalu disisi dan sekilas pandang ,beliau masih mengenali TGUH...Alhamdulillaaahh....Mrs Christian Ballouney -IPR(International Public Relation yang menguruskan kes TGUH pada lewat tahun lepas)-istimewanya, beliau mampu bertutur dengan fasih lebih 5 bahasa.Separuh DNA nya daripada Mesir dan separuh lagi orang America.Bila berbalas sembang dengan TGUH dalam lidah Arab-kami melopong,dan kalau ada lalat kat Stanford universiti hospital ni, dah lama beranak pinak membiak dalam mulut-mulut kami.Kami dijemput menunngu di ruang yang lebih selesa----memang sangat selesa...ada kopi,teh,dan ruang lebih tertutup daripada ruang menunggu awam di luar...mata pun dah mula kuyu, bila kena espresso secawan...barulah segar bugar dengan suntikan caffein yang memang kaw......(bersambung)


Gambar-TGUH bersama Mrs.Christan Ballouney yang ramah tamah dan baik budi bicaranya....

Appointment Day-(Part1)

Salam semua....

Terlebih dahulu..terimakasih jazaaakallahu khairan katheeeraa pada semua yang telah sudi menitipkan kata-kata semangat buat kami yang jauhnya belasan ribu batu dari tanahair.Ampun maaf kerana lewat memberi perkembangan kerana hari ini kami terkejar-kejar ke sana sini,........tanpa sedar, atas kerusi pun boleh meleleh terlelap....Jam menunjukkan 00.22a.m waktu San Francisco.Temujanji dengan Dr.Alan Yeung ditetapkan pada jam 3ptg tadi, tetapi sebelum itu kami perlu menemui IPR(International Public Relation) pada Jam 2pm-untuk urusan kemasukan ke hospital dan billing..Pada masa yang sama , kami dihubungi pihak hotel meminta kami check-out pada jam 11pagi....memang kelam kabut dan berterabur sana sini memandangkan kami hanya dibenarkan untuk check in di Hotel Aria(budget hotel) pada jam 3pm.Alhammdulillahh...semua terurus dengan baik tetapi memang berpeluh ketiak jugaklah adinda-adinda ku Hamdi dan Najmi, jua kekandaku Dr.Azlin-meminjam kata Dekna ...'berpeluh ketiak pak imaaammm'....Despite 18 Degree pada tengahari butaa...dan suhu dijangka akan semakin mendingin pada hari-hari berikutnya...Kami sampai lebih awal ke hospital(dalam jam1tgh-20 minute drive-sebab dah tak ada tempat nak melepak) jadi kami duduklah di ruang menunngu hospital.....sementara menunngu giliran untuk bertemu Dr.Alan Yeung........(.bersambung)

Prosedur Hospital

Assalamualaikum
Baru saja bercakap dengan baba menerusi telefon. Jam di sana 9 malam. Kata baba, semua sedang keletihan dan dah tidur, esok pagi nak bangun awal untuk ke hospital. Siang tadi mengangkut barang untuk berpindah hotel kerana hotel yg didiami tempoh hari sudah ditempah lebih awal. Bergegas pula ke hospital untuk temu janji dengan doktor.

Esok jam 8.00 am waktu San Fransisco (11.00 pm, malam ini waktu kita) baba akan masuk OT (operation theatre) untuk angiogram. Nak cerita tentang prosedur rawatan tu, tidaklah pula kami pandai. Kita tunggu saja Wa Che Da atau Wa Che Lin update. Kesian mereka kelam kabut ke sana ke mari, pindah barang lagi, ulang alik ke hospital lagi, cari makanan halal lagi. Aduh dengar pun dah letih. Biar mereka hilang penat dulu, nanti mereka update, kita pakat-pakat baca lah noooo.

Mohon doa dari semua ya, baba nak masuk OT jam 11 malam ni waktu malaysia. Seperti yg baba sering kali kata "kenang daku dalam doamu".

Salam kasih sayang,
Kakwe & Dekna

D4 sfo

13 sept 9.32 pm....Pagi ni Baba nampk masih lemah,lepas solat subuh,terus sediakan sarapan baba,,dan terus nasihatkan baba untuk rehat.Biasanya sarapan pagi diluar bilik,atas kerusi depan pintu,macam dalam gambar, tapi hari ni dalam bilik saja....Barang-barang pun perlu dikemaskan sebab terpaksa berpindah hari ini jugak....Appointment dengan Dr.Alan jam 3pm (waktu SFO) tapi kami perlu pergi lebih awal untuk menemui PRnya...dan menguruskan barang-barang yang dah berlambak disana-sini terutama stok untuk 'halal food'.....Inilah gambar pantry room untuk menyediakan makanan....cuma muat untuk 2 orang dengan saiz sederhana, masuk 3 orang dah tak boleh bernapas....sempuuut...OK...ok....nak masuk dapur dulu...perlu makan tengahari awal....jadi ...perlu masak awalll......
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space