Pagi tadi dah disamak apa yang patut,Tnhj amir juga pinjamkan rice cooker dan pan,jd lunch dan dinner setteled...Malam ni ada sheikh kabab,fish fillet,roti..... .(balik Mesia baru boleh timbang....;-))....Yang kaler merah tu...Mimi dah bungkus satu masa otw balik ke BWR untuk dibawa pulang ke Mesia;-)
TV pun tak dapatlah ditumpang-tumpang tengok....kerana ......asik....asik 9/11....asik-asik 9/11.....adeeeehh...letihhh..
Selepas bersarapan pagi....roti n cheese spread(mr waffleman=drazlin dan najmi...tokey bikin waffle) kami menapak ke 'safeway' 10 minute walk untuk menyediakan tengahari....Alhamdulillaahh...ada salmon dan sayur-sayuran n lunch is served.Hari ini, kami sibuk meninjau tempat tinggal sementara kerana pada 13,14,15 kami terpaksa keluar dari best western riviera kerana tempahan asal telah penuh pada tarikh tersebut dan Inshaalaah masuk balik selepas tarikh tersebut. Kami difahamkan ada program APEC yang menyebabkan semua rumah tumpangan habis ditempah.Baba dan Mama berehat di bilik,alhamdulilaaahh...setelah sampai tiada serangan jantung yang teruk,mungkin kerana jangkawaktu rehat yang selesa.Baba as usual 24/7 khatam Al-Quran......Setelah menziarahi beberapa tempat yang dicadangkan..kami bersetuju dengan Aria hotel(budget hotel) kerana lokasi yang memudahkan urusan pengangkutan ke hospital.Memang ada homestay yang lebih besar dan selesa tetapi faktor transportation ke hospital diambilkira pada 'priority' yang tertinggi.
2012 - Blog diupdate sepenuhnya oleh Tuan Tanah,cik moderator Hana Haron. Sebarang surat menyurat boleh diemailkan kepada : chepokpok@gmail.com ... Kontinjen yang berangkat pada tahun ini, sama seperti pada tahun lepas.. Dr.Huda, Dr.Azlin, Hj.Hamdi, Hj.Najmi dan paling utama ibunda tercinta, Mak Jah :)
2011 - Blog ini diupdate sepenuhnya oleh Dr.Huda, Dr.Azlin, Hj.Hamdi dan Hj.Najmi yang mengikuti Tuan Guru dan isteri ke San Francisco
2010-Blog yang pada asalnya saya tujukan khas buat kakak2 saya di Malaysia, semakin di ketahui umum..Saya ucapkan terima kasih.. dan akan cuba untuk berikan perkembangan Tuan Guru di sini.