Monday, September 6, 2010

sembang sembang san francisco







Sekarang jam pukui 5.20ptg... kami tgh tunggu Hj.Suhaimi datang nak bawak pi bukak puasa kat rumah dia...

Kami disini takdak apa2 yang boleh dilaporkan setakat ini.. sebab appointment dengan doktor pun besok pagi jam 11..cuma boleh cerita perkembangan baba sahaja..

Macam yang semua tau, baba dok jalan tiap2 pagi jam 8, dan kadang2 waktu petang jam 6.. (dan semua tau, dekna kena teman mama di rumah..kihkihkih)

Hari2 geng2 kaki pukul akan berjalan dengan satu bunyi "adeh adeh adehh"...bermakna, kaki mereka sedang kesakitan kerana dok ligan baba.. hhahahahahahaha... asai nak bersila kat bawah, ambil masa sekurang2 nya 5minit.. cekang urat!..

pagi tadi, depa jalan jauh sungguh.. makin hari makin jauh... haaaaaaaaaa, buat pengetahuan semua, ataih nih kasut baru baba :).. abg hamdi dah tak payah jalan hincut2 dan melecet kaki dah.. anak2 tersayang (abg hamdi dan mimi) belikan kasut baru buat baba depa.. apa dia tulis dalam kasut tuh? ---- relaxed step..
apa makna dia? setiap langkah penuh keselesaaan.,.

nak jadi cerita, tengah dok jalan pagi tadi, mimi ter-silap langkah pi tanya baba
"ba, kasut macammana? ok tak?"
baba jawab "ha...ok!"...dan baba terus BERJOGGING!..

pada yang mendengar berita baba berjogging ini pasti akan menarik nafas lega, kerana kesihatan baba semakin baik....

tapi, bagi mereka yang menemani baba berjogging...............dah la jalan pun payah nak ligan...ini kan pulak berjogging....tak cukup udara nak sedut...

ok cukup kerepek dekna untuk takat ni... nak siap dulu pi bukak puasa... kita jumpa lagi di waktu yg akan dtg...
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space