Friday, September 3, 2010

Laporan penuh Rawatan Pak Lang dari Doktor favourite kita semua

petikan dari laman web Darussyifa'



PERKEMBANGAN TERKINI RAWATAN JANTUNG TUAN GURU DI STANFORD HOSPITAL CALIFORNIA USA





Di IICU (Intermediate Intensive Care Unit)



Khamis 2-Sep-2010 (23-Ramadan-1431H) @ 12:15 PM



Salam...

Alhamduliillaaaahhh berkat doa semua lebih-lebih lagi dengan barakah Ramadhan TGHD selesai angiogram with angioplasty done.

Nampaknya Dr.Alan, berpuashati dengan prosedur tersebut dan tidak meneruskan dengan 'off pump surgery'...Alhamdulillaahh...

Biasanya prosedur angiogram akan mengambil masa 20-30 minit, tapi dalam kes TGHD ,Dr.Alan memerlukan 3 jam untuk benar-benar yakin.!

Ini bermakna jam 12.16pm baru selesai(3.15a.m waktu Malaysia)...dan selepas itu stabilization for 1hr.

Penyempitan ketara di kesan pada pangkal graf salur darah LAD (left anterior decending).

Sepatutnya diameter saluran tersebut melebihi 4mm, tetapi penyempitan di kesan hingga ukuran diameter cuma tinggal 2.9mm.

Setelah dipasang stent, ukuran diameter graf akan meningkat kepada 5mm.

Selepas dipindahkan ke wad biasa,TGHD akan dipantau berkala 24jam.

Let's pray the graft is functionally sound as it is anatomically convincing.


Huda
SG0157




Khamis 2-Sep-2010 (23-Ramadan-1431H) @ 02:16 PM

Salam...

Baru lepas video conferencing dengan Dr.Azlin

TGHD sekarang ditempatkan di IICU (Intermediate Intensive Care Unit) for 24hours continuous monitoring.

Prosedur yang memakan masa yang agak lama (4jam) serta sejumlah dye yang masuk agak banyak menyebabkan tekanan darah TGHD mencanak naik sehingga 200/100 ketika angioplasty.

Pukul 5 pm(waktu US) baru  TGHD sedar tapi dalam keadaan amat letih.(masuk 8 pagi)
Sekarang ini,suhu badan meningkat dan didapati demam.
Tekanan darah pula menurun hingga diastolik mencecah 40  (hipotensif) kerana TGHD mengalami dehidrasi(kekontangan).

Setakat ini sebanyak 2L N/S telah di suntik melalui jalan intravena.
Pukul 7.30 ptg (waktu US) ada sahabat yang menghantar nasi beriyani,TGHD dapat makan dengan bantuan tetapi dalam kuantiti yamg memadai kerana dadanya masih terasa berat dan senak.

Dr.Alan Yeung telah melawat 2 kali selepas prosedur dan didapati sakit dada bukan disebabkan gangguan fungsi jantung tetapi kesan muskuloskeletal prosedur.
Ketika ini TGHD is heavily sedated with valium.

Insyaallah updating after Dr's round tomorrow.

Huda
SG0157






Jumaat 3-Sep-2010 (24-Ramadan-1431H) @ 06:05 AM Salam..
Semalam luka tusukan (puncture wound) kawasan angioram mengalami perdarahan memandangkan trokar angiogram disana agak besar.
Ini kerana ianya dilengkapi alatan kamera untuk memeriksa diameter lumen salur terbabit,

Setelah redressing dan external compression yang agak lama barulah perdarahan terkawal.
Waktu melawat Intermediate Cardiac Care Unit ialah 11pg-8mlm dipergunakan sepenuhnya dengan bergilir-gilir menemani TGHD.

Review ECG post angiogram juga menolak kemungkinan kesesakan dada yang berasal daripada kardiak(of cardiac in origin)

Setelah sedar daripada sedation,TGHD berasa lapar tetapi makanan di kafeteria hospital memang mencurigakan.

Yang terang-terangan perlu disembelih tu,memanglah 'out of question' tapi menurut Dr.Azlin 'tuna sandwich bodoh' tu pun disediakan bersama 'white wine  !!!'.......memang tertera pada ingredientnya...Aduuuhh....tapi disebabkan TGHD masih lemah dan perlukan glukos to boost up the energy...serta belum masanya hidangan makanan hospital.maka akhirnya Dr.Azlin terpaksa berpuashati dengan membeli roti bersama cheese untuk TGHD.
Dr.Azlin ada bertanyakan jururawat bertugas penyediaan makanan di hospital.Dengan bangganya dia menyebut yang makanan yang disediakan tidak dicampur liquor lagi halal(???) sambil memberi menu chit untuk pesanan.....menu utama hari itu..........main course  1) roasted beef   ..or 2) pork chop.....tu dia aiiihh...kansel terus.....
Rezeki ,Allah hantar bila ada saudara kita disana menghantar makanan dan dapatlah TGHD menjamu selera......

Tidak ada jalan lain melainkan mendapatkan sumber yang diyakini di Halal Market yang perlu menaiki teksi 30-45mt satu hala(pergi balik sejam lebih).
Pagi ini,keadaan makin stabil, demam berkurangan, stabilization of blood pressure with appropriate rehydration.

Setelah  ward round Dr Alan membenarkan pulang dahulu (nak makan pun senang)-- to challenge the heart by walking and other strenuos activity....lebihkurang macam 'test -drive' lah....and to come again (TCA) fo review.

Huda
SG0157
p/s...Harap maaf....campurerization....nak cepat.













Dari pena Ustaz Haron Din

"Dgn rahmat Allah, saya telah menjalani rawatan jantung di Hospital Stanford California pada 31 ogos dan dibenar keluar pada 2 sept, masalah jantung saya telah dikenalpasti, dan diatasi menerusi 'stent'.
Menerusi beberapa test dan exercise, masalah jantung saya jauh bertambh baik dari dahulu. Hari ini, saya berjalan kaki sejauh 4.4km tanpa bantuan ubat 'GTN spray'.
Rawatan susulan pada 7 sept. Lepas itu baru tahu samaada boleh terbang pulang atau belum.
Bantuan, sokongan dan doa adik beradik,saudara mara serta sahabat2 amat dhargai. Terima Kasih."

Yang Benar,
Ustaz Haron Din
California,USA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Leaving stanford

Alhamdulillah,Baba dah discharge tepat jam 11.40pagi (waktu USA)..laporan penuh akan diberi kemudian.. Kami bawa baba pulang untuk beristirehat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space