Thursday, September 2, 2010

Sedikit halwa mata buat anda semua

Kami tiba di Stanford Hospital jam 7.45pagi
Pemandangan di perkarangan hospital seawal 7 pagi


Mendaftar
mama 
Ruangan menunggu ketika baba melakukan angiogram
Mr.Din Dato
Sesi penerangan dari Dr.Azlin mengenai isu pada hari ini-->
kepada Dr.Huda di bangi. 





Angiogram - after

Maaf kerana tidak sempat utk melaporkan laporan terkini selepas baba selesai menjalani angiogram. Kami berada di hospital dari jam 8 pagi dan tunggu baba di ruangan menunggu sehingga jam 4 petang.. Kami di bawa ke wad "intermediate cardiac care unit" di tingkat bawah untuk berjumpa dgn baba yang nyatanya masih lagi lemah dari prosedur yang dilakukan.

Dekna akan laporkan semuanya dgn lengkap esok selepas mendapatkan laporan penuh dari Doktor peribadi kita semua, Dr.Abg Azlin ;) memandangkan terlalu banyak "ayat2 doktor" yang perlu diterjemahkannya..cuma, tadi baba mengadu mengalami sakit dada. Kami pulang pada jam 4.30petang untuk bersiap sedia berbuka, dan isteri kepada en.Amir dtg memberikan nasi beriani. Pada jam 7mlm, Dr. Azlin dan abg hamdi pergi hospital untuk menghantarkan nasi pada baba.

Kami masih lagi mengalami jet lag yang teruk.. (Sebab tu tak boleh buat laporan penuh) hehehe.. Harap semua dapat bersabar dan jangan lupa nama baba di dalam doa anda semua.. InsyaAllah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Angiogram

Baba baru selesai menjalani angiogram. Taklimat awal dr dr alan yeung kepada kami semua, graf pada penghujung LAD dan cabang2nya berfungsi dgn baik. Selepas 3 jam mencari di mana masalahnya, dr Alan menjumpai penyempitan yang ketara pada pangkal/proximal graf salur darah LAD tersebut.

Diameter salur darah itu sepatutnya lebih dr 4mm tetapi pada pangkal graf baba ianya kurang dari 2.9mm. Stent telah dipasang pada kawasan tersebut dan dpt meningkatkan diameter graf pada lebih 5mm.

Alhamdulillah buat masa ini tiada pembedahan diperlukan. Jangkaan dalam 1jam lagi prosedur itu akan tamat dan baba akan dipindahkan ke dalam wad untuk semalaman.

Diharapkan prosedur ini dpt menyelesaikan masalah 'angina' yg sering kali berlaku.

Sama2 lah kita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Angiogram

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space