Wednesday, September 1, 2010

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perkhabaran terbaru

Baba baru selesai menjalani pemeriksaan fizikal dgn Dr Alan Yeung pada jam 11pagi tadi. Semuanya dalam keadaan baik dan dijadualkan menjalani angiogram pada jam 8 pagi esok (waktu USA), 11malam (waktu malaysia). Berdasarkan keputusan angiogram tersebut, akan dikenalpasti sama ada perlu untuk diadakan off pump surgery atau cukup dgn angioplasty sahaja. Baba akan mula berpuasa pada tgh malam ini sebagai persediaan untuk prosedur besok.

Pd petang smlm, baba cuba utk buat sdikit senaman dgn berjalan kearah stanford hospital(1.3km), tetapi hanya dapat sampai anggaran 700m shj sebelum merasai serangan "angina".
Tetapi baba tidak perlu mgunakan GTN spray dan masih mampu berjalan pulang serta terus berehat.

Sama2 kita doakan kesihatan baba semakin baik dan segala urusan disini dipermudahkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space