Wednesday, September 1, 2010

Perkhabaran terbaru

Baba baru selesai menjalani pemeriksaan fizikal dgn Dr Alan Yeung pada jam 11pagi tadi. Semuanya dalam keadaan baik dan dijadualkan menjalani angiogram pada jam 8 pagi esok (waktu USA), 11malam (waktu malaysia). Berdasarkan keputusan angiogram tersebut, akan dikenalpasti sama ada perlu untuk diadakan off pump surgery atau cukup dgn angioplasty sahaja. Baba akan mula berpuasa pada tgh malam ini sebagai persediaan untuk prosedur besok.

Pd petang smlm, baba cuba utk buat sdikit senaman dgn berjalan kearah stanford hospital(1.3km), tetapi hanya dapat sampai anggaran 700m shj sebelum merasai serangan "angina".
Tetapi baba tidak perlu mgunakan GTN spray dan masih mampu berjalan pulang serta terus berehat.

Sama2 kita doakan kesihatan baba semakin baik dan segala urusan disini dipermudahkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

7 comments:

Khairy said...

Assalamualaikum,
-Masjid Negeri dgn ribuan jemaah akan melakukan solat hajat malam ni sblm terawikh (farhan imam masjid negeri)
-Surau taman selasih port dickson telah melakukan solat hajat semalam (khairul MAB)
-Nurrul Izzah & keluarga kirim salam
-Ayon akan menganjurkan solat hajat di masjidnya
Ramai yang kirim salam sampai tak teringat dgn lafaz Assalamualaikum wbt.

drazlin said...

Alhamdulillah,semoga Allah memperkenankan doa-doa hamba-hambanya yang ikhlas bermunajat,lebih-lebih lagi di Ramadhan Kareeem.

Akan saya perpanjangkan salam sahabat2,hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

NaimRamli said...

Salam untuk semua di SF.
Syukran di atas laporan terbaru. Keluarga HD mengaharapkan semuanya beroleh kesihatan dan sejahtera hendaknya, khususnya Pak Lang. Kepada Allah jua dipanjatkan doa dan setinggi pengharapan agar ianya sentiasa dipermudahkan. Amin.
Maaf jua dipinta kerana laporan Dek Na telah di upload dlm Blok KHD tanpa izin yg empunya terlebih dahulu. Terima kasih.

Liza said...

assalamualaikum..
maaf d pinta jika saya masuk ni tanpa izin..tetapi hati yang ikhlas ingin mengetahui khabar baba,mama dan keluarga d sana..liza mengharapkan semuanya dalam keadaan sihat walafiat,Amin....

Seri Cindai SPA said...

Salam.

Semoga TG sihat & sembuh sesembuh-sembuhnya dgn Izin ALLAH TA'ALA....

ibu said...

Semuga semuanya dipermudahkan oleh Allah dan TGHD akan sembuh ..Ameen.

hjkhalil ahmad said...

Asalamualaikum tuan guru sekeluarga, semoga apajua rawatan yang dilakukan keatas tuan guru dipermudahkan oleh Allah swt dan menemui hasil kesembuhan yang dikehendaki, aminnn.
drp: hj. khalil ahmad (langat catering)

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space